MYKASIH BARANG DAPUR 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 & RM150 & RM100 & RM50)
Barangan dapur seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa dan sebagainya boleh ditampung oleh pihak kerajaan melalui Bantuan MyKasih.
Bagaimanakah semakan status penerima MyKasih? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT : 2025 (FASA 3) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
HAD BANTUAN MYKASIH BARANG DAPUR 2025
Pihak Kerajaan menghadkan Bantuan MyKasih yang disalurkan pada setiap bulan untuk pembelian barangan dapur :
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | HAD BANTUAN MYKASIH |
---|---|
Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar | RM100 / RM200 setiap bulan |
Isi Rumah Asas Bukan Miskin | RM100 setiap bulan |
- KATEGORI WARGA EMAS :
KELAYAKAN WARGA EMAS | HAD BANTUAN MYKASIH |
---|---|
Warga Emas Miskin & Miskin Tegar | RM100 / RM150 setiap bulan |
Warga Emas Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | HAD BANTUAN MYKASIH |
---|---|
Bujang Miskin & Miskin Tegar | RM50 setiap bulan |
Bujang Asas Bukan Miskin | – |
SENARAI MYKASIH BARANG DAPUR 2025
Selain barang dapur, penerima juga boleh membeli barangan keperluan lain seperti senarai di bawah :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
- Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
- Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
- Produk kebersihan rumah (Kategori baharu) : Top / Daia / Sunlight dan sebagainya.
SEMAK STATUS PENERIMA MYKASIH BARANG DAPUR 2025
Ikuti cara semakan status penerima MyKasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK BAKI BAYARAN MYKASIH BARANG DAPUR 2025
Baki bayaran MyKasih yang ada dalam MyKad boleh disemak seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.