MYKASIH ASAS RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah dilaksanakan di bawah Yayasan MyKasih supaya ianya dapat dilaksanakan tanpa berlaku sebarang ketirisan dan setiap penerima yang dipilih adalah daripada golongan yang kurang berkemampuan serta memerlukan.
Bagaimanakah semakan status kelayakan MyKasih AsasRahmah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH KELAYAKAN : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SISTEM BAYARAN MYKASIH ASAS RAHMAH 2025
Kerajaan MADANI memperkenalkan sistem bayaran Bantuan MyKasih yang lain daripada bantuan sedia ada, yang mana ianya dibayar kepada penerima secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) pada setiap bulan.
Setelah bantuan dikreditkan ke dalam kad pengenalan (MyKad), penerima perlu menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas pada setiap bulan di kedai atau pasaraya terpilih seluruh Malaysia.
NILAI BANTUAN MYKASIH ASAS RAHMAH 2025
Nilai Bantuan MyKasih adalah bergantung kepada golongan penerima setiap kategori seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | NILAI BAYARAN (GOLONGAN MISKIN & MISKIN TEGAR) | NILAI BAYARAN (GOLONGAN ASAS BUKAN MISKIN) |
---|---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / Tunggal ada anak) | RM100/RM200 sebulan sehingga RM2,100 setahun | RM100 sebulan sehingga RM900 setahun |
WARGA EMAS (Tiada pasangan) | RM100/RM150 sebulan sehingga RM1,650 setahun | RM50 sebulan sehingga RM450 setahun |
BUJANG (Bujang / Balu / Duda / Janda tiada anak) | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun | – |
JADUAL BAYARAN MYKASIH ASAS RAHMAH 2025
Pembayaran Bantuan MyKasih adalah setiap bulan bagi sepanjang tahun ini mengikut jadual seperti berikut :
TARIKH BAYARAN (GOLONGAN MISKIN & MISKIN TEGAR) | TARIKH BAYARAN (GOLONGAN ASAS BUKAN MISKIN) |
---|---|
Bermula 15 Januari 2025 sehingga 1 Disember 2025 | Bermula 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYKASIH ASAS RAHMAH 2025
Ketahui status kelayakan sebagi penerima Bantuan MyKasih Asas Rahmah melalui semakan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.