MYKASIH APP : APLIKASI UNTUK SEMAKAN STATUS BAYARAN & BAKI BANTUAN SARA 2026

MYKASIH APP : APLIKASI UNTUK SEMAKAN STATUS BAYARAN & BAKI BANTUAN SARA 2026

Pihak Kerajaan mewujudkan aplikasi mudah alih MyKasih untuk memudahkan penerima untuk membuat semakan status bayaran dan baki Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana jua.

Bagaimanakah semakan status bayaran dan baki Bantuan SARA dalam MyKasih app? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SARA HIDUP 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN & STATUS BAYARAN BULANAN

FUNGSI MYKASIH APP

Antara fungsi aplikasi MyKasih adalah termasuk :

  • Semakan kelayakan.
  • Semakan status bayaran.
  • Semakan baki.
  • Katalog barangan yang diluluskan.
  • Semakan barang guna kod QR.
  • Senarai kedai panel yang berdaftar.
  • Tarikh kredit dan tempoh bantuan.
  • Panduan pembelian.

PAUTAN MYKASIH APP

Aplikasi MyKasih boleh dimuat turun dalam telefon pintar melalui App Store / Google Play / Huawei App Gallery mengikut pautan rasmi di bawah :

📱 MyKasih : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dialog.mykasih&hl=ms.

CARA SEMAKAN STATUS BAYARAN & BAKI BANTUAN SARA

Untuk semakan status kelayakan, status bayaran dan baki Bantuan SARA boleh disemak melalui aplikasi MyKasih mengikut panduan lengkap di bawah :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam App Store / Google Play.
  2. Buka aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  3. Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
    • SARA Untuk Semua RM100 One-Off
    • SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off
  4. Pilih salah satu menu tersebut mengikut kelayakan anda.
    • Jika anda pilih [SARA Untuk Semua RM100 One-Off] anda akan dipaparkan ke aplikasi terus.
    • Jika anda pilih [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off], ikuti cara berikutnya.
  5. Anda akan dipaparkan dengan pengenalan aplikasi.
  6. Sila klik pada butang [TERUSKAN].
  7. Untuk ketahui kelayakan, klik [SEMAK KELAYAKAN].
  8. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  9. Klik pada butang [Semakan Status].
  10. Jika, layak kembali ke Aplikasi MyKasih dan klik [LOG MASUK].
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  12. Masukkan Nombor Telefon Bimbit yang aktif.
  13. Tandakan pada [saya telah membaca dan bersetuju dengan Termas Akses dan Notis Privasi].
  14. Klik pada butang [LOG MASUK].
  15. Halaman utama aplikasi MyKasih akan dipaparkan.
  16. Terus klik pada bahagian [Semak Kelayakan & Baki].
  17. Status kelayakan dan baki Bantuan SARA akan dipaparkan.
  18. Selesai.

**Contoh paparan di aplikasi MyKasih :

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami tidak pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment