MYKASIH 2026 RM200 SEBULAN : AKAN DIBAYAR SETIAP BULAN DALAM IC KEPADA PEMOHON YANG LULUS KELAYAKAN

MYKASIH 2026 RM200 SEBULAN : AKAN DIBAYAR SETIAP BULAN DALAM IC KEPADA PEMOHON YANG LULUS KELAYAKAN

Program MyKasih iaitu Subangan Asas Rahmah diperluaskan daripada 5.4 juta penerima bagi tahun 2025 dan kini bagi tahun 2026 terdapat seramai lebih 8.1 juta penerima yang layak terima bayaran sehingga RM200 sebulan dikreditkan dalam IC untuk sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah semakan MyKasih RM200 sebulan dalam IC? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

KEGUNAAN MYKASIH RM200 SEBULAN

Inisiatif MyKasih yang dikreditkan sehingga RM200 sebulan dalam IC adalah khas untuk penerima membuat pembelian barang-barang keperluan asas mengikut kategori yang diluluskan seperti berikut :

KATEGORI BARANGSENARAI DILULUSKAN
Barang dapur asasBeras, telur, minyak masak, tepung,
mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula,
garam, cukup rasa, dan sebagainya.
Makanan ringanRoti, biskut, bijirin dan sebagainya.
MinumanSusu tepung, susu tin (pekat & cair), teh,
coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
Produk penjagaan diriUbat gigi, berus gigi, sabun mandian,
shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
Keperluan asas bayiLampin pakai buang, susu tepung (hanya
jenama terpilih), sabun cecair mandian
bayi dan sebagainya.
Ubat-ubatanPanadol, ubat batuk dan sebagainya
yang diluluskan oleh KKM.
Barang persekolahanAlat tulis, pakaian seragam sekolah,
kasut sekolah dan sebagainya.
Produk pencuci rumahSabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci
pakaian, sabun pencuci pinggan
dan sebagainya.

TARIKH KREDIT MYKASIH 2026 RM200 SEBULAN

Sebulan sekali Bantuan MyKasih RM200 dikreditkan dalam IC penerima yang layak dan ianya dikreditkan secara automatik pada tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

TARIKH KREDITJUMLAH BANTUAN
09 Januari 2026RM200
01 Februari 2026RM200
01 Mac 2026RM200
01 April 2026RM200
01 Mei 2026RM200
01 Jun 2026RM200
01 Julai 2026RM200
01 Ogos 2026RM200
01 September 2026RM200
01 Oktober 2026RM200
01 November 2026RM200
01 Disember 2026RM200

SIAPA LAYAK MYKASIH RM200 SEBULAN

Bantuan MyKasih sebanyak RM200 sebulan hanya layak diterima oleh mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
UmurTiada had umur
KategoriKetua Isi Rumah (KIR)
Kadar PendapatanBawah Garis Kemiskinan (PGK)
semasa
Status Permohonan
STR 2026
Lulus ✅

SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH 2026

Bagaimanapun, status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih boleh disemak secara atas talian (online) mengikut panduan yang kami sediakan di bawah :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
  2. Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
  3. Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
    • [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
    • [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
  4. Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100 One-off].
  5. Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
  6. Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
  7. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  8. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  9. Klik pada butang [Semakan Status].
  10. Status kelayakan penerima RM200 setiap bulan akan dipaparkan.
  11. Selesai.

INFO LANJUT MYKASIH

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment