MYKASIH 2026 RM100 SETIAP BULAN : AKAN DIBAYAR DUIT BANTUAN DALAM IC SETIAP BULAN UNTUK PENERIMA YANG LAYAK – SEMAK STATUS SEKARANG
Bermula 9 Januari dan 16 Januari 2026, duit Bantuan MyKasih telah mula dikreditkan kepada 8.1 juta penerima yang layak melalui IC (Kad Pengenalan) dan seterusnya setiap bulan selama tempoh 12 bulan (Januari hingga Disember).
Bagaimanakah semak status penerima MyKasih RM100 setiap bulan? Ikut panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : AMAUN DUIT BANTUAN STR 2026 : CEK JUMLAH PEMBAYARAN AKAN DITERIMA PENERIMA YANG LULUS PERINGKAT FASA 1
SIAPA LAYAK MYKASIH RM100 SETIAP BULAN
Bayaran sebanyak RM100 setiap bulan hanya diberikan khas kepada kategori isi rumah dan bujang yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan di bawah :
| SYARAT | KELAYAKAN (ISI RUMAH) | KELAYAKAN (BUJANG) |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur | Biasa : 21 hingga 59 tahun OKU : 19 tahun ke atas |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Ibu / bapa tunggal | Bujang atau Balu / Duda / Janda *tiada anak |
| Kadar Pendapatan | RM2,500 atau sehingga RM5,000 | Bawah Garis Kemiskinan Semasa (Tersenarai dalam rekod data eKasih) |
| Permohonan STR | Lulus | Lulus |
JADUAL KREDIT MYKASIH RM100 2026 SETIAP BULAN
Pengkreditan Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan kepada penerima isi rumah dan bujang adalah pada tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| Isi Rumah | 9 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
| Bujang | 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
SENARAI BARANG KEPERLUAN MYKASIH 2026
Dengan Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam IC setiap bulan, penerima boleh membeli barang keperluan yang diluluskan seperti senarai berikut :
| BIL. | KATEGORI BARANG |
|---|---|
| 1. | Beras |
| 2. | Roti |
| 3. | Telur |
| 4. | Minyak Masak |
| 5. | Tepung |
| 6. | Mi Segera |
| 7. | Biskut |
| 8. | Minuman |
| 9. | Makanan Dalam Tin |
| 10. | Bahan Perasa |
| 11. | Produk Penjagaan Diri |
| 12. | Ubat-ubatan |
| 13. | Barang Persekolahan |
| 14. | Produk Kebersihan Rumah |
CARA BELI BARANG KEPERLUAN GUNA MYKASIH 2026
Bagi penerima baharu yang belum mengetahui cara beli barang guna MyKasih, ikuti cara-cara berikut :
| LANGKAH | CARA-CARA BELI |
|---|---|
| 1. | Kunjungi premis terpilih MyKasih yang terdekat anda |
| 2. | Ambil barang keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan label MyKasih pada rak tanda harga) |
| 3. | Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima |
| 4. | Juruwang akan imbas setiap barang keperluan yang diambil mengikut kategori yang diluluskan |
| 5. | Bayaran akan disahkan dengan menggunakan IC (jika lebih dari baki yang ada, penerima perlu bayar secara tunai) |
| 6. | Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki dalam IC |
SEMAK STATUS MYKASIH 2026 RM100 SETIAP BULAN
Status kelayakan boleh disemak secara online dengan mudah melalui aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun secara percuma :
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
- Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
- [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
- [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
- Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100 One-off].
- Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
- Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
PERINCIAN LANJUT MYKASIH
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.