MYKASIH 2026 CHECK STATUS : (BAYARAN FASA 1) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK
Program MyKasih kini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia kerana ianya telah diperkenalkan sejak tahun 2023 oleh Kerajaan MADANI yang pada awalnya hanya diberikan kepada 200,000 ribu penerima sahaja. Namun, untuk tahun 2025 Kerajaan meluaskan pemberian kepada 9 juta penerima yang layak.
Bagaimanakah cara check status MyKasih 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : JUMLAH DUIT BANTUAN STR YANG DIBAYAR 2026 : SEMAK KADAR BAYARAN AKAN DAPAT OLEH PEMOHON YANG LAYAK
APA ITU MYKASIH?
MyKasih adalah sebuah program yang dibawah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dilaksanakan bagi menyokong dan membantu rakyat terutamanya golongan miskin, miskin tegar dan bahkan bukan miskin untuk memenuhi keperluan harian dan setiap bulan.
JUMLAH MYKASIH 2026
Penerima yang terdiri daripada kategori ‘Isi Rumah’, ‘Warga Emas’ dan ‘Bujang’ akan terima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dengan jumlah yang berbeza berdasarkan kelayakan ‘Miskin Tegar’ dan ‘Bukan miskin’ seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN | JUMLAH MYKASIH SETIAP BULAN | JUMLAH MYKASIH SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 | RM2,200 |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 | RM1,800 |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 | RM1,200 |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 | RM1,200 |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 | RM600 |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 | RM600 |
PROSEDUR TERIMA MYKASIH 2026
Untuk terima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih pemohon / penerima dari semua negeri (Semenanjung, Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) perlulah melalui prosedur-prosedur seperti berikut :
- Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan Mykasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem Mykasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
- Penerima akan menerima elaun bulanan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
- Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.
MYKASIH 2026 CHECK STATUS
Terdapat dua (2) platform yang disediakan oleh Kerajaan bagi membantu memudahkan pemohon untuk check status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih. Antara platform tersebut adalah :
CARA CHECK STATUS MYKASIH
Ikuti cara check status MyKasih sama ada di aplikasi mudah alih MyKasih atau laman portal rasmi MyKasih (yang mana-mana memudahkan) seperti panduan di bawah :
📱 Check Status Melalui Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi mudah alih ‘MyKasih’ dalam telefon pintar.
- Selepas berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Paparan pertama adalah pilihan :
- ‘PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off‘
- ‘SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off‘
- Pilih menu ‘SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off‘.
- Klik butang [NEXT] untuk pengenalan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Kemudian, klik butang [CHECK ELIGIBILITY].
- Masukkan Nombor MyKad* pada ruang yang disediakan.
- Tunggu pengesahan ‘Verify As Human’.
- Seterusnya, klik butang [Check Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
💻 Check Status Melalui Portal Rasmi MyKasih :
- Layari laman Portal Rasmi MyKasih.
- Paparan pertama adalah halaman utama MyKasih.
- Scroll skrin sedikit ke bawah.
- Kemudian, klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* pada ruang yang disediakan.
- Tunggu pengesahan ‘Verify As Human’.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH KREDIT MYKASIH 2026
Pengkreditan MyKasih bakal dilaksanakan setiap bulan dari bulan Januari hingga Disember untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup penerima dari semasa ke semasa. Berikut adalah tarikh anggaran untuk tahun 2026 :
- Januari 2026.
- 1 Februari 2026.
- 1 Mac 2026.
- 1 April 2026.
- 1 Mei 2026.
- 1 Jun 2026.
- 1 Julai 2026.
- 1 Ogos 2026.
- 1 September 2026.
- 1 Oktober 2026.
- 1 November 2026.
- 1 Disember 2026.
PERINCIAN LANJUT MYKASIH
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman MyKasih : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]