MYKASIH 2025 SEMAKAN STATUS BAYARAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Harapan pihak Kerajaan MADANI dalam memberi peruntukan sehingga RM13 billion untuk disalurkan dalam Program Bantuan MyKasih kepada rakyat yang kurang berkemampuan adalah supaya rakyat dapat menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan.
Bagaimanakah Mykasih semakan status bayaran? Ikuti penjelasan dan panduan semakan berikut :
BACA JUGA : SEMAKAN ONLINE BANTUAN MYKASIH : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SISTEM BAYARAN MYKASIH 2025
Pembayaran Bantuan MyKasih dilaksanakan mengikut sistem berikut :
- Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan Mykasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem Mykasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
- Penerima akan menerima elaun bulanan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
- Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.
HAD BAYARAN MYKASIH IKUT STATUS 2025
Bayaran Bantuan MyKasih dihadkan mengikut status penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | PENERIMA STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA STATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM100 / RM200 sebulan sehingga RM2,100 setahun | RM100 sebulan sehingga RM900 setahun |
WARGA EMAS | RM100 / RM150 sebulan sehingga RM1,650 setahun | RM50 sebulan sehingga RM450 setahun |
BUJANG | RM50 sebulan sehingga RM600 | – |
JADUAL BAYARAN MYKASIH 2025
Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan MyKasih mengikut status penerima :
TARIKH BAYARAN MYKASIH KEPADA PENERIMA STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | TARIKH BAYARAN MYKASIH KEPADA PENERIMA STATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
15 Januari 2025 01 Februari 2025 01 Mac 2025 01 April 2025 01 Mei 2025 01 Jun 2025 01 Julai 2025 01 Ogos 2025 01 September 2025 01 Oktober 2025 01 November 2025 01 Disember 2025 | 01 April 2025 01 Mei 2025 01 Jun 2025 01 Julai 2025 01 Ogos 2025 01 September 2025 01 Oktober 2025 01 November 2025 01 Disember 2025 |
MYKASIH 2025 SEMAKAN STATUS BAYARAN
Status bayaran Bantuan MyKasih perlu disemak secara atas talian (online) melalui aplikasi mudah alih seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.