MYKASIH 2025 SEMAKAN ONLINE : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

MYKASIH 2025 SEMAKAN ONLINE : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas yang tersenarai dalam rekod data MyKasih layak untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan ke dalam kad pengenalan khas untuk pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barang sekolah.

Bagaimanakah MyKasih semakan online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH BAYARAN DUIT STR (FASA 3) : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

SISTEM MYKASIH SEMAKAN ONLINE

Sistem semakan status Bantuan SARA di Portal Rasmi MyKasih dan semakan baki bayaran di aplikasi mudah alih MyKasih sedang diperbaiki dan terpaksa dinyahaktifkan sementara bagi memastikan pembelian Barangan SARA dapat berjalan dengan lancar.

*Nota : Apabila isu teknikal selesai diperbaiki, semakan secara online boleh dilakukan.

MYKASIH 2025 SEMAKAN ONLINE

Berikut merupakan panduan semakan secara online melalui Portal Rasmi MyKasih dan aplikasi mudah alih MyKasih :

Panduan Semakan Status MyKasih Online :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Panduan Semakan Baki MyKasih Online :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada β€˜I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  12. Selesai.

TARIKH TERKINI PENGKREDITAN MYKASIH 2025

Pengkreditan Bantuan SARA MyKasih yang seterusnya pada bulan Julai telahpun dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima bermula pada 1 Julai 2025. Namun, terdapat isu teknikal yang tidak membolehkan penerima membuat pembelian.

Akan tetapi, isu teknikal tersebut telah diperbaiki dan semua penerima boleh mula membuat pembelian di mana-mana kedai terpilih seluruh Malaysia bermula pada 2 Julai 2025 (hari ini).

JUMLAH TERKINI PENGKREDITAN MYKASIH 2025

Jumlah Bantuan SARA yang dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima pada 1 Julai 2025 adalah bermula RM50 sehingga RM200 (bergantung kelayakan penerima) seperti berikut :

  • Penerima Bujang :
    • RM50 / setiap individu bujang.
  • Penerima Warga Emas :
    • RM50 / setiap warga emas yang berstatus Asas Bukan Miskin.
    • RM150 / setiap warga emas yang berstatus Miskin & Miskin Tegar.
  • Penerima Isi Rumah :
    • RM100 / setiap ketua isi rumah yang berstatus Asas Bukan Miskin.
    • RM200 / setiap ketua isi rumah yang berstatus Miskin & Miskin Tegar.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “MYKASIH 2025 SEMAKAN ONLINE : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG”

Leave a Comment