MYKASIH 2025 ONLINE : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Kerajaan MADANI kini memperluas pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 5.4 juta penerima di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan bagi memenuhi keperluan asas penerima.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak sumbangan sara mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PEMBAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
SIAPAKAH PENERIMA MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
KAEDAH PENYALURAN MYKASIH 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan kepada penerima secara tanpa tunai melalui MyKad penerima untuk penerima membeli Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).
KADAR BULANAN MYKASIH 2025 TERKINI
Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam MyKad bermula April – Disember 2025 seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | PENERIMA BERSTATUS EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
---|---|---|
Isi Rumah | RM200/bulan | RM100/bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150/bulan | RM50/bulan |
Bujang | RM50/bulan | – |
PORTAL RASMI SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH 2025 ONLINE
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal MyKasih; ATAU
- Portal MySTR
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA MYKASIH 2025 ONLINE
Panduan Lengkap Semakan Status MyKasih Terkini 2025 secara online seperti berikut:
Semak di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semak di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA DUIT MYKASIH
Penerima boleh menggunakan kredit SARA eKasih untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara