MYKAD MYKASIH RM200 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Kadar Bantuan MyKasih pada awalnya dikreditkan ke dalam MyKad penerima sedia ada hanya berjumlah sebanyak RM100 sahaja selama tiga (3) bulan pertama. Kemudian, kadar dipertingkatkan sebanyak RM100, menjadikan ianya dikreditkan sebanyak RM200 pada setiap bulan.
Bagaimanakah semakan status sama ada layak atau tidak MyKad MyKasih RM200? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
SENARAI KEGUNAAN MYKAD MYKASIH 2025
Kegunaan utama Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad adalah untuk penerima membuat pembayaran bagi pembelian barangan keperluan asas seperti :
- Barang Dapur :
- Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa.
- Produk Kebersihan :
- Ubat gigi, sabun cecair mandian, tuala wanita, sabun cuci pakaian dan lain-lain.
- Ubat-ubatan :
- Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM.
- Barang Sekolah :
- Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis.
KRITERIA PENERIMA MYKAD MYKASIH RM200 2025
Bantuan MyKasih yang dikreditkan berjumlah RM200 setiap bulan adalah khas untuk penerima yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan ketua isi rumah;
- Pendapatan isi rumah di bawah garis PGK semasa;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; dan
- Tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih sehingga 31 Oktober 2024 sebagai penerima miskin dan miskin tegar.
TARIKH KREDIT MYKAD MYKASIH RM200 2025
Pengkreditan Bantuan MyKad MyKasih adalah mengikut tarikh-tarikh seperti berikut :
- 15 Januari 2025 : RM100.
- 1 Februari 2025 : RM100.
- 1 Mac 2025 : RM100.
- 1 April 2025 : RM200.
- 1 Mei 2025 : RM200.
- 1 Jun 2025 : RM200.
- 1 Julai 2025 : RM200.
- 1 Ogos 2025 : RM200.
- 1 September 2025 : RM200.
- 1 Oktober 2025 : RM200.
- 1 November 2025 : RM200.
- 1 Disember 2025 : RM200.
SEMAKAN STATUS PENERIMA LAYAK MYKAD MYKASIH RM200 2025
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih berjumlah RM200, ikuti cara semakan status seperti berikut :
- Pautan Laman Web Rasmi MyKasih : https://mykasih.com.my.
- Sila layari pautan laman web rasmi MyKasih di atas.
- Anda akan dipaparkan pada halaman utama MyKasih.
- Pada halaman utama tersebut, klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Isikan ruangan “Nombor MyKad*” dengan betul tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status anda sebagai penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.