MY STR SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 2 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 telah mula disalurkan kepada seramai 5 juta penerima sedia ada sebelum perayaan Aidilfitri dan penerima baharu pula akan menerima bayaran selepas perayaan Aidilfitri.
Bagaimanakah semakan status bayaran mySTR Fasa 2? Ikuti panduan dan info lanju di bawah.
BACA JUGA : SYUKUR SABAH SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 1 2026
BILA BAYARAN MY STR FASA 2 2026
Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan mySTR Fasa 2 kepada penerima sedia ada dan penerima baharu :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima sedia ada | Bermula 10 Mac 2026 dan berperingkat selama tiga (3) – lima (5) hari |
| Penerima baharu | Bermula 30 Mac 2026 dan berperingkat selama tiga (3) – lima (5) hari |
CARA PENERIMAAN MY STR FASA 2 2026
Penerima yang mempunyai akaun bank dan penerima yang tidak mempunyai akaun bank akan menerima bayaran mySTR melalui dua (2) cara yang berbeza seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | CARA PENERIMAAN |
|---|---|
| Penerima mempunyai akaun bank | Penerimaan secara berperingkat melalui pengkreditan tunai ke dalam akaun bank penerima / pasangan |
| Penerima tiada akaun bank | Penerima secara tunai terus di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran |
KADAR BAYARAN MY STR FASA 2 2026
Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan mySTR Fasa 2 kepada setiap kategori penerima :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM350 3-4 anak : RM500 >5 anak : RM600 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM100 1-2 anak : RM150 3-4 anak : RM200 >5 anak : RM300 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM150 |
| Bujang | – |
MY STR SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 2 2026
Ikuti cara semakan status bayaran Bantuan mySTR Fasa 2 seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
- Tekan [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
- Status Kelayakan penerima STR Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.