MY SARA SEMAK : (2025) SEMAKAN STATUS SAMA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kumpulan penerima my SARA (Sumbangan Asas Rahmah) kini terbahagi kepada dua (2) iaitu sedia ada dan baharu, yang mana kedua-dua kumpulan akan menerima bantuan pada tarikh yang sama dan boleh menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah my SARA semak status penerima? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BILAKAH BAYARAN DUIT STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
JUMLAH BANTUAN MY SARA
Setiap kategori akan menerima bayaran my SARA dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :
- Penerima Sedia Ada :
- Isi Rumah : RM100 – RM200 sebulan hingga RM2,100 setahun.
- Warga Emas : RM100 – RM150 sebulan hingga RM1,650 setahun.
- Bujang : RM50 sebulan hingga RM600 setahun.
- Penerima Baharu :
- Isi Rumah : RM100 sebulan hingga RM900 setahun.
- Warga Emas : RM50 sebulan hingga RM450 setahun.
SISTEM BAYARAN MY SARA
Bayaran Bantuan my SARA kepada semua penerima adalah melalui sistem berikut :
- Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan my SARA, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem my SARA yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
- Penerima akan menerima elaun bulanan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
- Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran my SARA di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.
TARIKH BAYARAN MY SARA
Berikut merupakan tarikh-tarikh bayaran my SARA sepanjang tahun 2025 :
- 15/01/2025 (Rabu)
- 01/02/2025 (Sabtu)
- 01/03/2025 (Sabtu)
- 01/04/2025 (Selasa)
- 01/05/2025 (Khamis)
- 01/06/2025 (Ahad)
- 01/07/2025 (Selasa)
- 01/08/2025 (Jumaat)
- 01/09/2025 (Isnin)
- 01/10/2025 (Rabu)
- 01/11/2025 (Sabtu)
- 01/12/2025 (Isnin)
MY SARA SEMAK STATUS
Status kelayakan penerima my SARA boleh disemak seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
MY SARA SEMAK BAKI BAYARAN
Baki bayaran my SARA yang ada dalam kad pengenalan boleh disemak seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.