MY KASIH SEMAKAN STATUS 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

MY KASIH SEMAKAN STATUS 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Terkini! Mulai Mei 2025, kategori barangan asas di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah diperluas kepada 14 kategori, termasuk produk kebersihan sebagai tambahan membolehkan isi rumah turut membuat perbelanjaan barangan tersebut menggunakan kredit SARA yang dikreditkan secara bulanan ke dalam MyKad.

Bagaimanakah semakan status penerima my kasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN MYKAD MYKASIH 200 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT BANTUAN MY KASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Penerima Sedia Ada
    • Berstatus Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
  2. Penerima Baharu
    • Bukan penerima eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan

JUMLAH BANTUAN MY KASIH 2025

Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:

  • Penerima Sedia Ada
PENERIMA SEDIA ADA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Penerima Baharu
PENERIMA BAHARU
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM50/bulan (bermula April – Disember)

SEMAKAN CARA PENGKREDITAN BANTUAN MY KASIH 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 akan dikreditkan melalui MyKad penerima membolehkan penerima membeli 14 Kategori Barangan Keperluan asas yang diluluskan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).

CARA GUNA BANTUAN MY KASIH 2025

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan (berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SEMAKAN SENARAI BARANGAN MY KASIH 2025

Berikut merupakan kategori barangan berlabel SARA MyKasih yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:

  1. Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
  2. Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  3. Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  4. Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  5. Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  6. Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
  7. Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
  8. Barangan Kebersihan Rumah (Sabun) : Sabun pencuci pakaian / pencuci pinggan mangkuk / pencuci lantai

Mulai 1 Mei 2025, 14 kategori barangan asas diluluskan dengan pembayaran MyKad MyKasih termasuk barangan kebersihan rumah.

13 KATEGORI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MY KASIH ONLINE

Semakan MyKasih boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan; dan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment