MY KASIH SARA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 & RM100 SETIAP BULAN)
Selain daripada barangan dapur, penerima yang layak juga boleh menggunakan Bantuan MyKasih SARA untuk pembelian barangan keperluan asas seperti produk kebersihan, ubat-ubatan dan kelengkapan barangan persekolahan anak.
Bagaimanakah semakan My Kasih SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYSARA CHECK : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
KUMPULAN PENERIMA MY KASIH SARA 2025
Terdapat dua (2) kumpulan penerima MyKasih SARA pada tahun ini, iaitu :
KUMPULAN PENERIMA STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | KUMPULAN PENERIMA STATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
Seramai 0.7 juta penerima kategori : Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang | Seramai 4.7 juta penerima kategori : Isi Rumah dan Warga Emas |
JADUAL KREDIT MY KASIH SARA 2025
Pengkreditan Bantuan MyKasih SARA adalah dijadualkan seperti berikut :
TARIKH KREDIT MYKASIH SARA | PENERIMA STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA STATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM100 sebulan Bujang : RM50 sebulan | – |
01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | Isi Rumah : RM200 sebulan Warga Emas : RM150 sebulan Bujang : RM50 sebulan | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM50 sebulan |
SENARAI MANFAAT MY KASIH SARA 2025
Berikut merupakan manfaat Bantuan MyKasih SARA kepada penerima :
- Kerajaan mengkreditkan Bantuan MyKasih SARA secara automatik setiap bulan.
- Dikreditkan secara tanpa tunai menerusi kad pengenalan (MyKad) penerima yang layak.
- Penerima boleh menggunakan Bantuan MyKasih SARA untuk pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless).
- Baki yang tidak digunakan pada bulan semasa akan dibawa ke seterusnya.
- Sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA MY KASIH SARA 2025
Ketahui status anda layak atau tidak sebagai penerima MyKasih SARA melalui semakan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.