MY KASIH 2025 SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN

MY KASIH 2025 SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN

Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai adalah sebanyak lebih 1,200 dan akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.

Bagaimanakah my kasih semakan status sama ada layak atau tidak penerima bantuan? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN ASAS RAHMAH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

MY KASIH 2025 SEMAKAN STATUS

Semakan status penerima Bantuan My Kasih hanya boleh dilakukan melalui laman web rasmi seperti di bawah :

  1. Layari laman web rasmi My Kasih pada pautan di atas.
  2. Halaman utama My Kasih akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian semakan status akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor MyKad* tanpa sengkang (-) contoh : 890230035678.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima akan dipaparkan “Layak” atau “No. MyKad Tidak Wujud Dalam Sistem”.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  9. Halaman STR akan dipaparkan.
  10. Sila Log Masuk akaun STR pemohon.
  11. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) My Kasih akan dipaparkan.
  13. Selesai.

SISTEM PENGKREDITAN MY KASIH 2025

Berikut merupakan sistem pengkreditan Bantuan My Kasih yang telah diselaraskan bagi tahun 2025 :

  1. Individu yang lulus STR dan memenuhi syarat akan didaftar dalam sistem My Kasih.
  2. Akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem My kasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
  3. Penerima akan menerima Bantuan My Kasih secara elaun bulanan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
  4. Penerima perlu membeli barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barang sekolah (mengikut label My Kasih pada rak tanda harga).
  5. Pembayaran Bantuan My Kasih dalah dengan menggunakan kad pengenalan penerima.

JUMLAH KREDIT MY KASIH 2025 MENGIKUT STATUS

Pengkreditan Bantuan My Kasih adalah mengikut status penerima seperti berikut :

  • Penerima Status Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH KREDIT MY KASIH
Isi Rumah
(pasangan / tunggal)
RM100 setiap bulan
sehingga RM900 setahun
Warga Emas
(tiada pasangan)
RM50 setiap bulan
sehingga RM450 setahun
  • Penerima Status Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH KREDIT MY KASIH
Isi Rumah
(pasangan / tunggal)
RM100 / RM200 setiap bulan
sehingga RM2,100 setahun
Warga Emas
(tiada pasangan)
RM100 / RM150 setiap bulan
sehingga RM1,650 setahun
Bujang
(bujang / balu / janda / duda)
RM50 setiap bulan
sehingga RM600 setahun
*Nota : Sekiranya penerima tidak menggunakan Bantuan My Kasih pada bulan sebelum, penerima boleh menggunakannya pada bulan semasa.

TARIKH KREDIT MY KASIH 2025

Tarikh pengkreditan Bantuan My Kasih adalah dijadualkan setiap bulan seperti berikut :

PENERIMA BERSTATUS
MISKIN & MISKIN TEGAR
PENERIMA BERSTATUS
ASAS BUKAN MISKIN
15/01/2025
01/02/2025
01/03/2025
01/04/202501/04/2025
01/05/202501/05/2025
01/06/202501/06/2025
01/07/202501/07/2025
01/08/202501/08/2025
01/09/202501/09/2025
01/10/202501/10/2025
01/11/202501/11/2025
01/12/202501/12/2025
*Nota : Bantuan My Kasih sah digunakan sehingga 31/12/2025 sahaja.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment