MOHON MYKASIH ONLINE (2025 REGISTER BANTUAN SARA)

MOHON MYKASIH ONLINE (2025 REGISTER BANTUAN SARA)

Individu yang layak menerima bantuan MyKasih akan diberikan bantuan bulanan yang dikreditkan terus ke MyKad bagi membantu menampung keperluan asas harian.

Bagaimanakah cara mohon mykasih 2025 online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN EKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SIAPAKAH LAYAK MOHON MYKASIH ONLINE 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik melalui MyKad penerima jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

CARA LULUS MOHON MYKASIH

Langkah-langkah untuk mendapatkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut:

  1. Daftar Sistem eKasih di Portal eKasih (untuk kategori miskin dan miskin tegar)
  2. Setelah itu, daftar Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  3. Jika lulus STR, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan secara automatik ke MyKad anda.
  4. Selesai.

PANDUAN LENGKAP CARA MOHON STR 2025 ONLINE

Cara mohon STR 2025 seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan maklumat Permohonan.
  4. Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  6. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
  7. . Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  8. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    • Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
    • Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    • Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
  9. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.
  10. Untuk semakan lulus atau tidak permohonan, semakan status boleh dilakukan di Portal yang sama.
  11. Selesai.

PANDUAN LENGKAP CARA MOHON EKASIH ONLINE

Cara daftar kategori Miskin dan Miskin Tegar di Sistem eKasih adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
  4. Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing seperti berikut:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Setelah selesai pendaftaran dan untuk semakan lulus atau tidak pendaftaran, layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  8. Selesai.

JUMLAH KELAYAKAN MYKASIH 2025

Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam MyKad penerima seperti berikut:

  • Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM2,100 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM600 Setahun
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM900 Setahun
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM450 Setahun
RM50/bulan (bermula April – Disember)

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment