MOHON MYKASIH (2025 DAFTAR ONLINE)

MOHON MYKASIH (2025 DAFTAR ONLINE)

Program Bantuan MyKasih dilaksanakan sebagai sebuah bantuan tambahan bersasar yang khas untuk membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, produk kesihatan serta barangan persekolahan.

Bagaimanakah cara mohon MyKasih secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH CARA SEMAK : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA

PENGENALAN MYKASIH

MyKasih adalah sebuah yayasan yang mengendalikan pemberian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dikreditkan menerusi kad pengenalan (MyKad) penerima dan boleh digunakan khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.

Berikut merupakan jadual pengkreditan MyKasih :

TARIKH
PENGKREDITAN
JUMLAH BANTUAN
(PENERIMA SEDIA ADA)
JUMLAH BANTUAN
(PENERIMA BAHARU)
15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
Isi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM100 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025
Isi Rumah : RM200 sebulan
Warga Emas : RM150 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
Isi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM50 sebulan
Bujang : –

SYARAT MOHON MYKASIH

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima MyKasih :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan rendah (B40) atau pendapatan sederhana (M40);
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
  • Berdaftar di bawah pangkalan data e-Kasih (bagi yang pendapatan bawah garis PGK semasa).

CARA MOHON MYKASIH ONLINE

Ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
  4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  6. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
  7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  9. Selesai.

CARA DAFTAR MYKASIH

Berikut merupakan cara pendaftaran eKasih bagi pemohon yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa :

  1. Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
  2. Melalui talian berikut :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800; atau
  3. Surat; atau
  4. e-mel rasmi; atau
  5. Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment