MOHON LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : DAFTAR ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

MOHON LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : DAFTAR ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

Program Lesen Memandu Motosikal Kelas B2 diteruskan bagi tahun 2025 untuk membantu golongan kurang berkemampuan terutama golongan belia dalam mendapatkan lesen secara percuma yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Bagaimanakah cara mohon lesen memandu percuma 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN RM100 MYKAD SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU LESEN MEMANDU PERCUMA

Lesen memandu percuma atau Program MyLesen B2 merupakan inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 15,000 golongan kurang berkemampuan, khususnya pelajar sekolah/ institusi pengadian dan belia, untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 sebagai persediaan sebelum menempuhi alam pekerjaan dan mempertingkat keselamatan jalan raya. Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

SIAPAKAH LAYAK MOHON LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Lesen B2 Percuma mestilah terdiri daripada:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berusia 16 sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan;
  • Pelajar Sekolah Menengah, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Terdiri daripada Golongan B40 dan Tanggungan;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, PDRM atau mana-mana agensi semasa mengemukakan permohonan.

CARA PENDAFTARAN MOHON LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Permohonan lesen memandu percuma B2 adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi JPJ, di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/
  2. Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini
  3. Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap
  4. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti [Kad Pengenalan], [Keputusan Ujian Saringan Kesihatan], dan [Gambar Pasport]
  5. Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal.
  6. Hantar borang Program MyLesen B2 di pejabat JPJ Negeri berdekatan.
  7. Kemudian, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal
  8. Pastikan pemohon hadir pada kesemua tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal
  9. Selesai

BORANG PESERTA LESEN MEMANDU PERCUMA

Borang Lesen Memandu Percuma B2 adalah seperti berikut:

TARIKH PENDAFTARAN LESEN PERCUMA

Program MyLesen B2 2025 dijangka berlangsung dari Februari hingga Oktober 2025 seperti tahun sebelumnya, namun tarikh penyertaan/permohonan adalah mengikut JPJ negeri masing-masing.

Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2025 adalah sehingga kuota penyertaan di JPJ Negeri dipenuhi. Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa daripada JPJ Negeri berdekatan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pelaksanaan program ini.

MANFAAT BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA

Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.).

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabtana pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.jpj.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/SOALAN-LAZIM-PROGRAM-MYLESEN-B2-.pdf

Leave a Comment