MANFAAT BUDI95 : SEMAKAN STATUS SUBSIDI PETROL RON95
Dari segi mekanisme, perbezaan utama untuk BUDI95 berbanding sebelumnya adalah pembelian petrol RON95 dengan harga subsidi memerlukan langkah pengesahan dengan menggunakan MyKad di stesen minyak bagi menggelakkan warga asing mendapatkan harga subsidi yang boleh membawa kerugian besar kepada kerajaan dan rakyat.
Ketahui manfaat dan info lebih lanjut berkaitan BUDI95 di bawah.
BACA JUGA : BUDI95 SEMAKAN KELAYAKAN : SUBSIDI PETROL RON95

PENGENALAN BUDI95
BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah merupakan inisiatif Kerajaan MADANi untuk menyasarkan subsidi petrol RON95 bagi menangani ketirisan disebabkan penyeludupan dan pembaziran subsidi yang digunakan oleh bukan warganegara.
Oleh itu, rakyat Malaysia yang layak akan menikmati harga baharu minyak petrol RON95 dengan subsidi yang lebih rendah iaitu sebanyak RM1.99 seliter dengan membuat pengesahan setiap isian menggunakan MyKad.
Bagi bukan warganegara dan rakyat yang tiada lesen memandu pula, perlu membayar harga minyak yang baharu tanpa subsidi BUDI95 dengan harga pasaran dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.
MANFAAT BUDI95
Terdapat banyak manfaat yang dapat daripada pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95), antaranya ialah :
- Membolehkan rakyat menikmati harga minyak petrol yang rendah dengan subsidi.
- Sekaligus dapat meringankan bebanan kos sara hidup rakyat setiap hari.
- Dapat memastikan hanya rakyat Malaysia yang layak menerima subsidi petrol RON95 daripada Kerajaan.
- Mengurangkan pembaziran subsidi kepada warga asing.
- Mengelakkan berlaku ketirisan subsidi oleh penyeludupan minyak petrol RON95.
- Meningkatkan sumber negara untuk manfaat rakyat.
- Penyasaran subsidi RON95 dapat mengurangkan berbillion ringgit hasil negara yang dapat disumbangkan kepada kedudukan kewnagan yang lebih kukuh dan mampan.
- Penjimatan subsidi BUDI95 dapat diagihkan semula kepada rakyat melalui STR dan SARA.
KADAR HARGA MINYAK DENGAN BUDI95
Dengan Pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dapat dilihat perbezaan harga minyak yang ketara dengan subsidi baharu dan tanpa subsidi
STATUS SUBSIDI BUDI95 | KADAR HARGA RUNCIT RON95 | JENIS PENERIMA |
---|---|---|
Dengan subsidi baharu | RM1.99 seliter ⬇️ | Warganegara Malaysia dan ada Lesen Memandu |
Tanpa subsidi baharu | RM2.60 seliter ⬆️ | Warganegara Malaysia tiada Lesen dan Warga Asing |
SYARAT PENERIMA MANFAAT BUDI95
Antara syarat-syarat kelayakan penerima Subsidi BUDI MADANI RON95 (BUD95) adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur bermula 16 tahun dan ke atas;
- Mempunyai lesen memandu sah dan masih aktif;
- Tidak menetapkan tahap pendapatan.
TARIKH BUDI95 DILAKSANAKAN
Pelaksanaan subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mula dilaksanakan secara berperingkat bagi menggelakkan kesesakan di stesen minyak. Berikut merupakan tarikh mula pelaksanaan BUDI95 :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH MULA DILAKSANAKAN |
---|---|
Anggota Polis dan Tentera | Mulai 27 September 2025 |
Penerima STR B40 | Mulai 28 September 2025 |
Semua Rakyat Ada Lesen | Mulai 30 September 2025 |
CARA SEMAK KELAYAKAN BUDI95
Bagi yang ingin membuat semakan tanpa perlu ke stesen minyak, anda boleh layari Portal Rasmi BUDI MADANI dan ikuti cara semakan kelayakan yang lengkap seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi BUDI MADANI di sini : https://www.budimadani.gov.my/.
- Halaman utama BUDI MADANI akan dipaparkan.
- Pilih [BUDI MADANI RON95] untuk semakan kelayakan.
- Anda akan dipaparkan ke bahagian BUDI MADANI RON95.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan Individu].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Status “Layak” akan dipaparkan kepada yang layak sahaja.
- Sekiranya tidak layak, sebab-sebab tidak layak akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) MANFAAT BUDI95
- Apakah jenis lesen yang layak untuk guna BUDI95?
- BUDI95 disahkan layak kepada penerima yang mempunyai lesen yang san dan aktif. Antara lesen yang boleh adalah :
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas Kenderaan A, A1, B, B1, B2, C, D dan DA; atau
- Lesen Memandu Percubaan (PDL) Kelas Kenderaan A, A1, B, B1, B2, C, D dan DA; atau
- Lesen Belajar Memandu (LDL) Kelas Kenderaan A, B, B1, B2 dan C.
- BUDI95 disahkan layak kepada penerima yang mempunyai lesen yang san dan aktif. Antara lesen yang boleh adalah :
- Adakah penerima yang layak dapat minyak petrol RON95 secara percuma dengan MyKad?
- Tidak, penerima masih perlu membuat bayaran bagi pembelian petrol RON95, MyKad hanya digunakan untuk pengsahan. Namun, penerima boleh menikmati harga lebih rendah iaitu RM1.99 seliter berbanding RM2.60 seliter.
- MyKad saya patah, adakah saya masih boleh guna untuk pengesahan dan pembelian minyak subsidi BUDI95?
- Anda perlu membuat penggantian MyKad baharu di JPN terdekat.
- Saya baru sahaja menerima lesen memandu, adakah saya layak untuk dapat BUDI95?
- Ya, anda layak menerima BUDI95 sebaik sahaja sistem pangkalan data utama dikemaskini.
- Berapakan had kuota liter minyak setiap hari yang boleh saya isi dengan BUDI95?
- Kerajaan telah menetapkan setiap individu hanya boleh mengisi minyak dengan had kuota sebanyak 300 liter setiap bulan.
- Saya mempunyai lebih dari satu kenderaan, adakah kelayakan kuota BUDI95 saya digandakan?
- Secara amnya kelayakan yang sama diberikan kepada setiap individu iaitu 300 liter sebulan yang mana kerajaan tidak mengambila kira jumlah kenderaan yang dimiliki oleh setiap individu.
RUJUKAN LANJUT
Dalam artikel ini, kami hanya menyalurkan info-info berkaitan BUDI MADANI RON95 yang dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI95 sahaja. Untuk rujukan lebih lanjut di bawah :
- Hubungi Talian BUDI95 : 1300-88-9595; atau
- Mesejkan ke Talian WhatsApp : +603-2631 4595; atau
- E-melkan ke : [email protected]