LOGIN SYUKUR SABAH : FASA 2 2025 CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA RM900
Satu inisiatif pembasmian kemiskinan di Negeri Sabah dilaksanakan melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat dengan pemberian bantuan tunai khas secara bulanan kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Sabah.
Bagaimanakah cara login dan check status kelayakan penerima syukur sabah fasa 2 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK NAMA PLKN 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
OBJEKTIF BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Tujuan utama perlaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah;
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada rakyat.
SYARAT KELAYAKAN LOGIN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
KADAR BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Jumlah bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
FASA PEMBAYARAN | AMAUN BANTUAN |
---|---|
Penyaluran Bagi Setiap Fasa (Fasa 1, 2, 3 dan 4) | RM 900 |
Penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi setiap fasa (meliputi jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak).
JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
- Fasa 1 (Januari – Mac 2025) : Pembayaran bermula 19 Februari 2025 (Rabu)
- Fasa 2 (April – Jun 2025) : Pembayaran bermula April 2025
- Fasa 3 (Julai – September 2025) : Pembayaran bermula September 2025
- Fasa 4 (Oktober – Disember 2025) : Pembayaran bermula Oktober 2025
LOGIN DAN CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SYUKUR SABAH
Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi semakan kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 (SYUKUR) : https://sukur.sabah.gov.my/
- Halaman utama Portal Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dipaparkan.
- Klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima akan di paparkan di sini ‘Layak’ atau ‘Tidak’.
- Selesai.
LOGIN PORTAL BANTUAN SYUKUR SABAH
Panduan lengkap Log Masuk Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah : https://padans.sabah.gov.my/auth
- Halaman utama Portal Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang didaftarkan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, Klik [/] pada ruangan ‘Saya Bukan Robot’.
- Tekan [Log Masuk].
- Selesai.
CARA PENGKREDITAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:
- Penerima yang Mempunyai Bank Akaun:
Pengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan;
- Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’:
Bantuan akan diberikan secara tunai; atau
- Mempunyai akaun e-Wallet YONO Superapp:
Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Hotlink Program Sentuhan Kasih Rakyat: 088 338 338
- Portal Rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat: https://padans.sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq