LOGIN BINGKAS SELANGOR : SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN BARU BANTUAN 2026
Bagi membantu keluarga yang memerlukan dalam mendepani cabaran ekonomi, Program BINGKAS diteruskan lagi bagi tahun 2026, untuk membantu penerima yang layak dalam bentuk barangan asas.
Bagaimanakah cara login bingkas Selangor untuk semakan status dan permohonan? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: JUMLAH BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
CARA PELAKSANAAN BINGKAS SELANGOR
Program BINGKAS Selangor dilaksanakan seperti berikut :
- Bantuan RM300 sebulan;
- Secara tanpa tunai (cashless) melalui akaun e-WALLET Selangkah;
- Boleh dibelanjakan untuk barang keperluan asas, di kedai berdaftar;
- Baki tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pemilih berdaftar di Selangor;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
- Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
CARA GUNA
Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
- Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
- Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
- Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
- Selesai.
SENARAI KEDAI BINGKAS
Terdapat banyak kedai berdaftar di bawah Program BINGKAS terutama di Selangor untuk penerima menggunakan e-Wallet Selangkah BINGKAS termasuk pasar raya besar seperti Lotus, 99 Speedmart. Untuk melihat senarai kedai penuh, anda boleh semak di laman rasmi BINGKAS di https://bingkasselangor.com/senarai-kedai/
LOGIN & SEMAK STATUS BINGKAS SELANGOR
Semakan Status Permohonan BINGKAS boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Portal Rasmi BINGKAS; atau
- Aplikasi Selangkah.
Cara semakan status di Portal Rasmi BINGKAS :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
- Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
- Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
- Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
- Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
- Selesai.
Cara semakan status di Aplikasi Selangkah :
- Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
- Kemudian, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Buka bahagian [BINGKAS].
- Semak status kelayakan anda.
- Selesai.
PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR
Permohonan BINGKAS Sesi 2026 seperti berikut :
| TARIKH BUKA PERMOHONAN | TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
|---|---|
| 1 Novermber 2025 (Sabtu) | Belum diumumkan |
PANDUAN PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR
Permohonan BINGKAS boleh dilakukan secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
- Jika belum mempunyai akaun, sila klik butang Tekan [Daftar Akaun Selangkah baharu].
- Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
- Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
- Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
- Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
- Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
- Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid anak dan klik [Simpan].
- Setelah selesai, klik butang [Hantar].
- Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
- Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
- Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
- Permohonan telah berjaya dihantar.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan BINGKAS, seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan).
- Salinan Sijil Kematian / Bercerai / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara).
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti spt ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
- Portal Rasmi BINGKAS : https://bingkasselangor.com/
- Soalan Lazim BINGKAS : https://bingkasselangor.com/soalan-lazim/