LOGIN BANTUAN SABAH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK FASA 2 2025 RM900
Satu inisiatif bantuan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi meringankan beban kewangan rakyatnya yang tergolong dalam golongan miskin dan miskin tegar melalui pemberian bantuan kewangan secara berfasa.
Bagaimanakah cara login dan semakan status penerima bantuan sabah fasa 2 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN 2025
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH FASA 2
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
JUMLAH BANTUAN SABAH FASA 2
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
FASA PEMBAYARAN | AMAUN BANTUAN |
---|---|
Penyaluran Bagi Setiap Fasa (Fasa 1, 2, 3 dan 4) | RM 900 |
JADUAL PENYALURAN BANTUAN SABAH 2025
Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
- Fasa 1 (Januari – Mac 2025) : Pembayaran bermula 19 Februari 2025 (Rabu)
- Fasa 2 (April – Jun 2025) : Pembayaran bermula April 2025
- Fasa 3 (Julai – September 2025) : Pembayaran bermula September 2025
- Fasa 4 (Oktober – Disember 2025) : Pembayaran bermula Oktober 2025
CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH
Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Online Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, di sini:
https://padans.sabah.gov.my/ - Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Tekan butang (Semak).
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, https://sukur.sabah.gov.my/
- Masukkan 12 digit (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan untuk semakan.
- Kemudian, klik (Semak).
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
CARA PENYALURAN BANTUAN SABAH 2025
Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN BANTUAN |
---|---|
Mempunyai Bank Akaun | Pengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Bantuan akan diberikan secara tunai |
Mempunyai akaun e-Wallet YONO Superapp | Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima |
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Hotlink Program Sentuhan Kasih Rakyat: 088 338 338
- Portal Rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat: https://padans.sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq
Bantuan iklas ini adalah yang terbaik bagi kami yang kurang mampu atas sebab kesihatan.
Terima kasih