LOG MASUK SYUKUR SABAH : FASA 2 2025 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA RM900
Satu inisitif bantuan kewangan Sabah diperkenalkan dengan peruntukan sebanyak RM358.5 juta bagi tahun 2025 bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar eKasih dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Bagaimanakah log masuk dan semak status penerima syukur sabah fasa 2? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN RM200 DALAM IC 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
OBJEKTIF PERLAKSANAAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025
Tujuan utama perlaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah;
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada rakyat.
JUMLAH MASUK BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 2
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
FASA PEMBAYARAN | AMAUN BANTUAN |
---|---|
Fasa 2 | RM 900 |
TARIKH MASUK PENGKREDITAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 2
Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
FASA | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Fasa 2 | April 2025 |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
LOG MASUK PORTAL BANTUAN SYUKUR SABAH
Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Online untuk Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 di https://sukur.sabah.gov.my/
- Halaman utama portal akan dipaparkan dan klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan untuk semakan.
- Kemudian, klik (Semak).
- Status Kelayakan Penerima Bantuan akan di paparkan di sini ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan; atau
- Diberikan secara tunai kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank; atau
- Pengkreditan terus ke dalam e-Wallet YONO Superapp penerima bagi penerima yang mempunyai apps tersebut.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Hotlink Program Sentuhan Kasih Rakyat: 088 338 338
- Portal Rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat: https://padans.sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq
terima kasih atas bantuan syukur sabah kerana memberi bantuan kepada b40 & m40 saya ialah salah satu menerima bantuan b40 daripada pada syukur sabah. Dan bantuan ini juga sangat berguna dan bermanfaat kerana khas untuk orang-orang yang sedang memerlukan bantuan dan wang dari mereka yang memberikan bantuan. Jadi saya di sini sangat berterima kasih kepada bantuan syukur sabah kerana memberi bantuan kepada kami semua golongan b40 dan juga m40 sekian dari pada saya terima kasih🫶🏻🤍🤍🤍🤍
terima kasih atas bantuan syukur sabah kerana memberi bantuan kepada b40 & m40 saya ialah salah satu menerima bantuan b40 daripada pada syukur sabah. Dan bantuan ini juga sangat berguna dan bermanfaat kerana khas untuk orang-orang yang sedang memerlukan bantuan dan wang dari mereka yang memberikan bantuan. Jadi saya di sini sangat berterima kasih kepada bantuan syukur sabah kerana memberi bantuan kepada kami semua golongan b40 dan juga m40 sekian dari pada saya terima kasih🫶🏻🤍🤍🤍🤍
Saya nak tanya,bila kah keputusan akan keluar bagi pemohon baru,yg bukan eKasih ,,
Saya nak tanya,bila kah keputusan akan keluar bagi pemohon baru,yg bukan eKasih ,,dan bila kah tarikh pengkreditan
Pagi , Saya ni B40 …kami sekampung sdh JKKK ambil semua data2 peribadi kami utk mohon bantuan ini Dan sepatutnya layak mendapat bantuan. Kami memanggil tergolong dlm katagori miskin tegar kerana tiada pendapatan tetap bulanan , sdh isi PADANS juga .Tapi bila check online Kad Pengenalan penama tidak wujud .Original sabahan sdh ni 🤭 heran tidak wujud APA maksud kenyataan dlm apps tu begitu .Hrp Ada makluman .
Assalamualaikum
Saya nk bertanya ..adakah Masih ada permohonan di buka bagi org yg tidak sempat mengetahui ada Program Syukur Sabah khas utk rakyat Sabah yg miskin tegar Dan miskin ..?
2. Sekiranya tidak mempunyai kad pengenalan yg lama bolehkah mohon Syukur Sabah ?
3 . Rakyat Sabah yg berada di semenanjung layak memohon syukur Sabah atau tidak layak ..
Terima kasih