LOG MASUK SYUKUR SABAH : FASA 2 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM900
Di Sabah mempunyai jumlah rakyat yang miskin serta miskin tegar tertinggi tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih dan tidak tersenarai juga ada. Oleh itu, Kerajaan mewujudkan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR).
Bagaimanakah log masuk SYUKUR Sabah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU SYUKUR SABAH
SYUKUR Sabah atau dipekenalkan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah merupakan sebuah program bantuan yang disalurkan untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat termasuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah.
KRITERIA PENERIMA SYUKUR SABAH
Pemberian Bantuan SYUKUR Sabah adalah khas kepada yang menepati kriteria seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Pemegang kad pengenalan (Status H);
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah lebih satu (1) tahun;
- Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih setakat 31 Disember 2024.
TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa kedua (2) adalah mengikut tarikh berikut :
JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN FASA 2 |
---|---|
Pengkreditan menerusi akaun bank penerima | April 2025 |
Pemberian tunai kepada penerima tiada akaun bank | April hingga Mei 2025 (berperingkat) |
Pengkreditan menerusi e-Wallet YONO Superapp | Mei 2025 |
KADAR BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa kedua (2) :
GABUNGAN BULAN | KADAR BAYARAN FASA 2 |
---|---|
April | RM300 |
Mei | RM300 |
Jun | RM300 |
= RM900/setiap penerima |
LOG MASUK SYUKUR SABAH
Berikut merupakan pautan laman web rasmi SYUKUR Sabah yang boleh diakses untuk semakan status :
- Pautan Laman Web Rasmi SYUKUR Sabah : https://syukur.sabah.gov.my.
PANDUAN LOG MASUK SYUKUR SABAH SEMAKAN STATUS PENERIMA
Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima SYUKUR Sabah seperti berikut :
- Layari laman web rasmi SYUKUR Sabah di atas.
- Halaman utama laman web rasmi SYUKUR akan dipaparkan.
- Klik butang [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad*) anda pada ruangan yang disedikan.
- Kemudian, klik butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://syukur.sabah.gov.my.