LOG MASUK BANTUAN SABAH : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 2 2025 RM900
Anggaran penerima yang layak menerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seramai 100,000 ribu rakyat dewasa yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Bagaimanakah log masuk Bantuan Sabah untuk semakan status penerima fasa 2? Ikuti Panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SYUKUR SABAH BILA MASUK FASA 2 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM900
PENGENALAN BANTUAN SABAH
Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan sebuah bantuan tunai iaitu Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang khas untuk membantu rakyat di Sabah menghadapi peningkatan kos sara hidup. Bantuan Sabah disalurkan secara berperingkat melalui empat (4) fasa sepanjang tahun dengan kadar bayaran sebanyak RM900 setiap fasa.
TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN SABAH
Pemberian Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah bertujuan untuk :
- Meringankan beban kewangan rakyat untuk keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan untuk kehidupan lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah;
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada rakyat.
SYARAT PENERIMA BANTUAN SABAH
Untuk menerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, penerima mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Pemegang Kad Pengenalan Status H;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih satu (1) tahun;
- Berumur 18 tahun dan ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) miskin atau miskin tegar dan tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih setakat 31 Disember 2024.
PAUTAN LOG MASUK BANTUAN SABAH
Berikut merupakan pautan Laman Web Rasmi Bantuan Sabah :
- Pautan Laman Web Rasmi Bantuan Sabah : https://syukur.sabah.gov.my.
PANDUAN LOG MASUK BANTUAN SABAH UNTUK SEMAKAN STATUS PENERIMA
Ikuti panduan semakan status penerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah seperti berikut :
- Layari laman web rasmi Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di atas.
- Halaman utama laman web rasmi Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Klik butang [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad*) anda pada ruangan yang disedikan.
- Kemudian, klik butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq.