LINK SARA GOV MY – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SEKARANG!
Status kelayakan RM100 ONE-OFF kini boleh disemak di Portal Rasmi SARA, serta mendapatkan maklumat lanjut seperti semakan baki pembayaran, senarai premis runcit berdaftar, dan panduan pembelian barangan SARA.
Bagaimanakah semakan status kelayakan di link sara gov my? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CEK SARA RM100 – CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG!
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 STR setiap bulan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
LINK SARA GOV MY
Semakan status kelayakan SARA boleh disemak di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | https://sara.gov.my/ |
Catatan : Selain semakan status kelayakan, Portal Rasmi SARA juga boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti senarai premis runcit berdaftar dan panduan pembelian barangan SARA.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN DI LINK SARA GOV MY
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
MANFAAT PELAKSANAAN SARA
Pengkreditan SARA ke dalam MyKad penerima digunakan oleh penerima bagi pembelian barangan keperluan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan, dan barangan persekolahan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.
TARIKH SEMAKAN SARA GOV MY
Status kelayakan penerima boleh di semak di Portal Rasmi SARA bermula tarikh berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH SEMAKAN SARA BULANAN | TARIKH SEMAKAN SARA RM100 ONE-OFF |
|---|---|---|
| Lulus STR & Berstatus eKasih | Setiap Bulan Bermula Januari – Disember 2025 | Bermula 31 Ogos 2025 |
| Lulus STR Sahaja | Setiap Bulan Bermula April – Disember 2025 | Bermula 31 Ogos 2025 |
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA GOV MY
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA:
S : Adakah pautan sara.gov.my merupakan laman rasmi Portal SARA?
J : Ya. Ia merupakan pautan rasmi Portal SARA khusus untuk Bantuan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
S : Apakah fungsi utama pautan sara.gov.my?
J : Fungsi sara.gov.my merupakan pautan rasmi Portal SARA khusus untuk semakan status kelayakan penerima bantuan SARA, termasuk Bantuan RM100 ONE-OFF, serta untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti senarai premis runcit berdaftar dan panduan pembelian barangan SARA.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf