KELAYAKAN SUBSIDI PETROL BERSASAR : SEMAK (RON95)
Kerajaan akan melaksanakan subsidi petrol bersasar RON95 kepada warganegara Malaysia yang layak, untuk menikmati harga petrol RON95 pada kadar lebih rendah dengan had penggunaan yang ditetapkan untuk setiap bulan.
Apakah syarat kelayakan subsidi petrol bersasar? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN SUBSIDI PETROL : SEMAK KELAYAKAN

APA ITU SUBSIDI PETROL BERSASAR?
Subsidi petrol atau Subsidi RON95 merupakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk rakyat Malaysia bagi :
- Mendapatkan harga petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter;
- Boleh dinikmati dengan menggunakan MyKad sebagai pengesahan kelayakan;
- Mengekang ketirisan subsidi (daripada warga asing atau golongan tidak layak); atau
- Menangani penyeludupan yang mengelak daripada membayar cukai;
SYARAT KELAYAKAN
Kelayakan penerima Subsidi RON95 adalah seperti berikut:
- Semua Warganegara Malaysia;
- Berusia 16 tahun dan ke atas;
- Tiada had pendapatan (semua layak);
- Memiliki lesen memandu yang SAH berdaftar JPJ;
- Lesen memandu yang aktif (masih SAH);
KELAYAKAN SUBSIDI PETROL BERSASAR
Berikut merupakan cara untuk semak status kelayakan subsidi ron95:
- Semakan Secara Fizikal : Pengesahan di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak; ATAU
- Semakan Secara Online : Menggunakan Aplikasi TouchNGo (TNG) atau Aplikasi Syarikat Minyak seperti Setel (Petronas), CaltexGo.
Catatan : Tiada sebarang permohonan diperlukan, dan hanya perlukan pengesahan MyKad. Pastikan MyKad dalam keadaan baik dan boleh dibaca oleh mesin pembaca MyKad.
AMAUN SUBSIDI
Melalui pelaksanaan subsidi petrol ini, penerima yang layak akan menikmati subsidi RON95 seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | HARGA PETROL RON95 PER LITER |
---|---|
Warganegara Malaysia | RM1.99 /Liter |
Bukan Warganegara Malaysia | RM2.60 /Liter |
HAD PENGGUNAAN
Penerima boleh menikmati subsidi petrol RON95 dengan kadar RM1.99 Seliter mengikut Had yang ditetapkan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | HARGA PETROL RON95 PER LITER |
---|---|
Warganegara Malaysia | 300 Liter Sebulan |
Pemandu e-hailing | Tiada Had (Perlu memohon untuk had lebih tinggi atau kelayakan had tambahan) |
TARIK PELAKSANAAN
Pelaksanaan penyasaran Subsidi minyak Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter akan berkuatkuasa pada penghujung bulan September 2025 seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PELAKSANAAN |
---|---|
Warga Polis & Tentera | 27 September 2025 (Sabtu) |
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | 28 September 2025 (Ahad) |
Semua Warganegara Malaysia (Orang Awam) | 30 September 2025 (Selasa) |
CARA GUNA
Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan subsidi ron95 :
- Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
- Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima;
- Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
- Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
- Isi minyak RON95 seperti biasa.
- Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI PETROL BERSASAR
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:
- Adakah semua rakyat Malaysia layak?
- Ya. Semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan layak menerima subsidi ini.
- Bagaimana jika MyKad rosak?
- Anda perlu menggantikannya di JPN, kerana subsidi ini memerlukan pengesahan MyKad yang boleh berfungsi dengan baik.
- Bolehkan isi petrol lebih daripada had bulanan?
- Boleh. Tetapi setiap liter tambahan atau melebihi kadar had yang ditetapkan akan dikenakan harga pasaran penuh tanpa subsidi.
- Bila subsidi RM1.99 RON95 akan mula berkuatkuasa?
- Bermula 30 September 2025 untuk orang ramai. Namun, beberapa kategori khusus seperti polis, tentera, penerima STR akan mendapat beberapa lebih awal berbanding orang awam.
- Adakah subsidi ini automatik atau perlu daftar?
- Subsidi adalah secara automatik kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini
- Talian Bantuan : 03-8882 4566 atau 03-8882 4565
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi : https://budidiesel.gov.my/