KELAYAKAN SARA BULANAN 2026 : CHECK STATUS LULUS ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN BANTUAN DI DALAM MYKAD SETIAP BULAN RM200 & RM100
Bantuan SARA Bulanan telahpun mula dikreditkan ke dalam MyKad 5 juta penerima yang layak. Namun masih ada penerima yang belum mengetahui status kelayakan dan belum menggunakan bantuan untuk membeli barang keperluan asas harian.
Bagaimanakah cara check kelayakan penerima sara bulanan 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR 2026 TARIKH BAYARAN FASA 1 : CEK LAYAK ATAU TIDAK
TEMPOH PELAKSANAAN SARA BULANAN
Pelaksanaan bayaran Bantuan SARA Bulanan bagi tahun 2026 diselaraskan untuk semua penerima selama tempoh yang ditetapkan seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH PELAKSANAAN SARA |
|---|---|
| Penerima Status Miskin & Miskin Tegar | 12 bulan (9 & 16 Januari hingga 31 Disember 2026) |
| Penerima Status Asas Bukan Miskin | 12 bulan (9 & 16 Januari hingga 31 Disember 2026) |
TARIKH BAYARAN SARA BULANAN 2026
Penerima yang disahkan ‘Layak’ akan menerima bayaran Bantuan SARA Bulanan bagi tahun 2026 mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan selama 12 bulan seperti berikut :
| BIL. | TARIKH BAYARAN SARA |
|---|---|
| 1. | 9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas 16 Januari 2026 – Bujang |
| 2. | 1 Februari 2026 – Semua Kategori |
| 3. | 1 Mac 2026 – Semua Kategori |
| 4. | 1 April 2026 – Semua Kategori |
| 5. | 1 Mei 2026 – Semua Kategori |
| 6. | 1 Jun 2026 – Semua Kategori |
| 7. | 1 Julai 2026 – Semua Kategori |
| 8. | 1 Ogos 2026 – Semua Kategori |
| 9. | 1 September 2026 – Semua Kategori |
| 10. | 1 Oktober 2026 – Semua Kategori |
| 11. | 1 November 2026 – Semua Kategori |
| 12. | 1 Disember 2026 – Semua Kategori |
AMAUN BANTUAN SARA BULANAN 2026
Setiap bulan, bayaran Bantua SARA akan diberikan dengan amaun bermula RM50 sehingga RM200 mengikut kategori dan kelayakan status penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN SARA |
|---|---|
| Isi Rumah Status : Miskin & Miskin Tegar | RM200 setiap bulan |
| Warga Emas Status : Miskin & Miskin Tegar | RM150 setiap bulan |
| Bujang Status : Miskin & Miskin Tegar | RM100 setiap bulan |
| Isi Rumah Status : Asas Bukan Miskin | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas Status : Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
| Bujang Status : Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
CHECK KELAYAKAN SARA BULANAN 2026
Semua rakyat boleh mula untuk check status kelayakan untuk tahu layak atau tidak sebagai penerima Bantuan SARA Bulanan. Ikuti cara check kelayakan online yang mudah seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
- Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
- [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
- [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
- Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100 One-off].
- Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
- Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan seperti di bawah :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 100.00 |
RUJUKAN LANJUT SARA
Segala maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah kami rujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda ingin bertanya lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA Bulanan, sila rujuk dari pihak berwajib melalui :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari :