JUMLAH DUIT SARA MYKASIH DI DALAM MYKAD : CARA SEMAK BAKI ONLINE & TARIKH AKHIR BOLEH MEMBELI BARANG MENGGUNAKAN IC

JUMLAH DUIT SARA MYKASIH DI DALAM MYKAD : CARA SEMAK BAKI ONLINE & TARIKH AKHIR BOLEH MEMBELI BARANG MENGGUNAKAN IC

Elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk mendapatkan barangan keperluan asas untuk sesi 2025 bakal tamat tempoh dan akan luput secara automatik sekiranya tidak digunakan sebelum tarikh akhir program.

Berapakah jumlah duit sara mykasih di dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: TARIKH BANTUAN STR 2026 DIBAYAR : PEMOHON BERSTATUS LAYAK AKAN DAPAT BAYARAN SEMASA FASA 1 – SEMAK STATUS SEGERA

SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH

Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.

JUMLAH DUIT SARA MYKASIH DI DALAM MYKAD

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima seperti berikut:

  • SARA EKASIH
KATEGORI PENERIMAAMAUN BULANANTOTAL KELAYAKAN SETAHUN
Isi RumahRM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
RM2,100
Warga Emas Tiada PasanganRM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
RM1,650
BujangRM50 (Januari – Disember)RM600
  • SARA BUKAN EKASIH
KATEGORI PENERIMAAMAUN BULANANTOTAL KELAYAKAN SETAHUN
Isi RumahRM100 (April – Disember)RM900
Warga Emas Tiada PasanganRM50 (April – Disember)RM450

TARIKH AKHIR BOLEH BELI BARANG GUNA MYKAD

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dilaksanakan seperti berikut :

JENIS SARATARIKH LUPUT/AKHIR GUNA
SARA EKASIH31 Disember 2025 (Rabu)
SARA BUKAN EKASIH31 Disember 2025 (Rabu)
SARA ONE-OFF31 Disember 2025 (Rabu)

Baki atau kredit SARA 2025 yang tidak dibelanjakan selepas 31 Disember 2025, tidak lagi di bawa ke bulan hadapan, dan akan luput secara automatik.

CHECK BAKI DUIT SARA MYKASIH DI DALAM MYKAD

Baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 boleh disemak secara online dengan kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

CARA GUNA DUIT SARA MYKASIH DI DALAM MYKAD

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

SENARAI BARANG DAN KEDAI DI BAWAH SARA MYKASIH

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad :

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
  • Makanan : Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk mendapatkan barangan keperluan asas di kedai atau pasar raya berdaftar di bawah Program SARA MyKasih seperti :

  • Pasar Raya Besar: Mydin, Giant, Lotus’s (Tesco)
  • Kedai Runcit: 99 Speedmart, dan pasar mini terpilih.

Senarai penuh boleh di semak di : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment