JUMLAH DUIT SARA MYKASIH DALAM MYKAD : CARA CEK BAKI ONLINE & TARIKH AKHIR ANDA BOLEH BELI BARANG GUNA BANTUAN IC
Masih ada segelintir penerima Bantuan SARA MyKasih belum menggunakan / menghabiskan duit yang dikreditkan dalam MyKad. Semua penerima disarankan untuk menggunakannya baki yang ada sebelum tarikh akhir.
Bagaimanakah cara cek jumlah baki duit SARA MyKasih dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : AMAUN DUIT BANTUAN STR YANG DIBAYAR 2026 : SEMAK KADAR BAYARAN PENERIMA YANG LAYAK SEMASA FASA 1
JUMLAH DUIT SARA MYKASIH DALAM MYKAD
Berikut merupakan jumlah duit Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad sepanjang tahun 2025 :
- Pengkreditan Setiap Bulan :
| KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH KREDIT SETIAP BULAN | JUMLAH KREDIT SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah Status Miskin & Miskin Tegar | RM100 / RM200 | RM2,100 |
| Warga Emas Status Miskin & Miskin Tegar | RM100 / RM150 | RM1,650 |
| Bujang Status Miskin & Miskin Tegar | RM50 | RM600 |
| Isi Rumah Status Asas Bukan Miskin | RM100 | RM900 |
| Warga Emas Status Asas Bukan Miskin | RM50 | RM450 |
| Bujang Status Asas Bukan Miskin | – | – |
- Pengkreditan Sekaligus (One-off) :
| KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH KREDIT SEKALIGUS |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 (suami) dan RM100 (isteri) |
| Warga Emas | RM100 |
| Bujang | RM100 |
CARA CEK BAKI DUIT SARA MYKASIH DALAM MYKAD
Semua penerima Bantuan SARA MyKasih disarankan untuk menyemak baki duit yang ada dalam MyKad dan perlu habiskan secepat mungkin. Ikuti cara cek baki yang mudah seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran duit Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH AKHIR GUNA DUIT SARA MYKASIH DALAM MYKAD
Duit Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad penerima yang layak perlu digunakan sebelum tarikh akhir iaitu pada :
| JENIS PENERIMAAN | TARIKH AKHIR GUNA SARA MYKASIH |
|---|---|
| Setiap bulan (Januari – Disember) | 31 Disember 2025 |
| Sekaligus (Ogos) | 31 Disember 2025 |
CARA GUNA DUIT SARA MYKASIH DALAM MYKAD
Bagi yang belum mengetahui cara guna duit Bantuan SARA dalam MyKad, ikuti cara-cara berikut :
- Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang terpilih SARA MyKasih.
- Pilih barang-barang keperluan yang mempunyai label SARA MyKasih.
- Pergi ke kaunter bayaran yang dilabelkan dengan ‘Kaunter MyKasih’.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih berdasarkan baki yang ada.
- Bayaran akan disahkan menggunkan MyKad.
- Resit dan MyKad akan diberikan.
SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA DUIT SARA MYKASIH DALAM MYKAD
Penerima yang menerima duit Bantuan SARA dalam MyKad boleh menggunakannya untuk beli barang-barang seperti berikut :
- Bahan masakan asas :
- Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
- Barang makanan kering :
- Roti, biskut, dan sebagainya.
- Minuman :
- Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
- Produk penjagaan diri :
- Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
- Keperluan asas bayi :
- Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
- Ubat-ubatan :
- Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
- Barang keperluan sekolah :
- Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
- Produk kebersihan rumah :
- Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]