JUMLAH BANTUAN SARA 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN AKAN DITERIMA DALAM MYKAD PEMOHON YANG LAYAK
Bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk tahun 2026 akan diberikan bermula dengan jumlah minimum RM600 sehingga jumlah maksimum sebanyak RM2,400 (tertakluk kepada kelayakan kategori penerima).
Bagaimanakah cara semak jumlah bayaran Bantuan SARA akan diterima oleh pemohon yang layak? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
JUMLAH BANTUAN SARA 2026
Tentunya jumlah bayaran Bantuan SARA tidak akan sama bagi setiap penerima kerana ianya akan diberikan berdasarkan kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BULANAN | JUMLAH BAYARAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 sebulan | RM2,400 |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 sebulan | RM1,200 |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 sebulan | RM1,800 |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 sebulan | RM600 |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 sebulan | RM1,200 |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 sebulan | RM600 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2026
Bantuan SARA akan dibayar kepada semua penerima yang layak setiap bulan bermula Januari hingga Disember mengiku pada tarikh seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN BULANAN |
|---|
| 9 & 16 Januari 2026 |
| 1 Februari 2026 |
| 1 Mac 2026 |
| 1 April 2026 |
| 1 Mei 2026 |
| 1 Jun 2026 |
| 1 Julai 2026 |
| 1 Ogos 2026 |
| 1 September 2026 |
| 1 Oktober 2026 |
| 1 November 2026 |
| 1 Disember 2026 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SARA 2026
Setiap penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan SARA melalui kaedah yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Dikreditkan secara automatik terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima setiap bulan dan perlu digunakan untuk beli barang keperluan secara tanpa tunai (cashless) |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Dikreditkan secara automatik terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima setiap bulan dan perlu digunakan untuk beli barang keperluan secara tanpa tunai (cashless) |
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026
Untuk ketahui kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA, anda boleh membuat semakan status secara online mengikut pada panduan yang tertera di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN (LINK) |
|---|---|
| SARA MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
- Sila klik pada pautan (link) Portal Rasmi SARA MyKasih yang tertera di atas.
- Anda akan dibawa ke halaman utama MyKasih.
- Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan nombor MyKad anda tanpa sengkang & jarak.
- Contoh : 850230112345.
- Klik pada kotak [/] Verify As Human.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima yang layak akan dipaparkan (seperti di bawah).
- Selesai.
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Yang Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 100.00 |
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
| Talian Rasmi SARA | 03 7720 1800 |
| Laman Pertanyaan SARA | https://mykasih.com.my/contact-us/ |
| E-mel Rasmi SARA | [email protected] |
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.