JPT UPU ONLINE 2025 : SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Keputusan permohonan UPUOnline bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi kini boleh disemak, dan calon yang berjaya ditawarkan perlu membuat pengesahan tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.
Bagaimanakah semakan status keputusan JPT UPU online 2025? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
TEMPOH SEMAKAN KEPUTUSAN JPT UPU ONLINE 2025
Pautan untuk semakan keputusan bagi lepasan SPM selama HANYA akan dibuka dalam tempoh 10 hari sahaja seperti berikut:
TARIKH PAUTAN SEMAKAN ONLINE DIBUKA | TARIKH PAUTAN SEMAKAN ONLINE DITUTUP |
---|---|
16 Jun 2025 (Isnin) bermula 12:00 tengah hari | 25 Jun 2025 (Rabu) sehingga 5:00 petang |
Untuk makluman, pautan bagi semakan keputusan UPUOnline bagi pelajar lepasan SPM HANYA akan dibuka dalam tempoh 10 hari sahaja.
SENARAI PAUTAN RASMI SEMAKAN JPT UPU ONLINE 2025
Pautan untuk semakan status keputusan UPU di JPT UPU adalah seperti berikut:
- UTM : https://jpt.utm.my/
- UUM : https://jpt.uum.edu.my/
- UNIMAS : https://jpt.unimas.my/
- UMS : https://jpt.ums.edu.my/
- UMT : https://jpt.umt.edu.my/
SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN JPT UPU ONLINE 2025
Status keputusan sama ada ‘layak’ atau ‘tidak’ tawaran UPU seperti berikut :
- Pilih salah satu (1) pautan semakan di atas.
Contohnya : UTM : https://jpt.utm.my/ - Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan mengikut format yang diperlukan.
- Seterusnya, klik pada butang [Masuk].
- Keputusan ‘Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam (UA)’ akan dipaparkan sama ada berjaya atau tidak.
- Selesai.
PENGESAHAN KEPUTUSAN TAWARAN JPT UPU 2025
Calon yang berjaya bagi tawaran kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti atau Institusi di bawah MARA bagi sesi akademik 2025/2026, perlu membuat pengesahan dengan menekan pilihan ‘Setuju Terima Tawaran’ dalam sistem UPU.
Pengesahan ini mesti dilakukan sebelum 25 Jun 2025 (Rabu) jam 5.00 petang.
Calon yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan akan dianggap menolak tawaran tersebut, dan keputusan berkenaan adalah muktamad serta tidak boleh dirayu.
Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh pihak institusi berkaitan (IPTA atau MARA) bermula 17 Jun 2025, selepas calon membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh yang telah ditetapkan.
PERMOHONAN RAYUAN UPU 2025
Permohonan rayuan bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik kini dibuka melalui UPUOnline bagi calon lepasan SPM yang tidak berjaya atau hanya ditawarkan pengajian di peringkat sijil. Calon boleh mengemukakan rayuan melalui pautan rasmi di https://upu.mohe.gov.my
Bagi permohonan rayuan ke Kolej Komuniti dan institusi di bawah MARA (BPT), calon perlu mengemukakan permohonan terus kepada institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.
Tempoh permohonan rayuan adalah selama 10 hari sahaja, bermula pada 16 Jun 2025 jam 12.00 tengah hari sehingga 25 Jun 2025 jam 5.00 petang. Pastikan permohonan dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- No. Tel : 03-8684 2363
- e-Mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://upu.mohe.gov.my