JPT UPU 2025 : SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

JPT UPU 2025 : SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memaklumkan bahawa kesemua calon lepasan SPM yang mengemukakan permohonan perlanjutan belajaran ke peringkat tinggi, kini boleh mula menyemak keputusan permohonan.

Bagaimanakah semakan status keputusan JPT UPU? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : UPU POCKET : SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

TARIKH SEMAKAN JPT UPU 2025

Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan permohonan melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi (IPTA / MARA BPT) kini boleh mula menyemak keputusan di JPT UPU bermula pada 16 Jun 2025 (12:00 tengah hari) sehingga 25 Jun 2025 (5:00 petang) sahaja.

PAUTAN JPT UPU 2025

Semakan boleh dilakukan di mana-mana pautan JPT berikut :

SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN JPT UPU 2025

Berikut merupakan panduan semakan status keputusan UPU bagi akademik sesi 2025/2026 :

  1. Pilih salah satu (1) pautan semakan JPT UPU di atas.
  2. Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan mengikut format yang diperlukan.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Masuk] / [Capai] / [Semak].
  5. Keputusan ‘Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam (UA)’ akan dipaparkan.
  6. Selesai.

PENGESAHAN TAWARAN UPU 2025

Keputusan adalah muktamad, calon yang layak menerima tawaran perlu mengesahkan ‘Setuju Terima Tawaran’ dalam tempoh 10 hari iaitu 16 Jun 2025 sehingga 25 Jun 2025 sahaja. Sekiranya calon tidak mengesahkan penerimaan tawaran, calon dianggap menolak tawaran.

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) Dan MARA BPT kepada calon-calon yang berjaya dan telah mengesahkan ‘Setuju Terima Tawaran’ dalam tempoh masa yang ditetapkan.

RAYUAN UPU 2025

Bagi pemohon yang tidak berjaya atau ditawarkan pengajian di peringkat sijil sahaja dibenarkan mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukkan ke Univerisiti Awam (UA) dan politeknik melalui pautan : https://upu.mohe.gov.my/.

Untuk permohonan rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT pula, calon perlu kemukakan permohonan terus kepada institusi terbabit tanpa melalui UPUOnline.

*Nota : Permohonan rayuan perlu dikemukakan dalam tempoh 10 hari bermula 16 Jun 2025 (Jam 12 tengah hari) sehingga 25 Jun 2025 (Jam 5.00 petang) sahaja.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://upu.mohe.gov.my.

Leave a Comment