JLKN SEMAKAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SESI 2025
Program Latihan Khidmat Negera (PLKN) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai program latihan asas ketenteraan merangkumi modul fizikal, khidmat komuniti, pembinaan karakter dan kenegaraan yang melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, aktiviti kawad kaki dan pengenalan kepada senjata api.
Bagaimanakah JLKN semakan status kelayakan peserta sesi 2025? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN PELATIH TERPILIH PLKN : SESI 2025 SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU JLKN
JLKN adalah singkatan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara yang merupakan sebuah departmen di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia yang bertanggungjawab atas pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
PLKN pula adalah merupakan sebuah program nasional di Malaysia yang bertujuan untuk memobilisasi dan melatih belia untuk mengembangkan semangat patriotisme, perpaduan dan karakter yang positif serta berkeyakinan tinggi.
FUNGSI JLKN
Antara fungsi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) adalah untuk :
- Merancang dan mengelola Program Latihan Khidmat Negara (PLKN);
- Memastikan pelaksanaan Program PLKN berjalan dengan lancar;
- Mengawasi dan mengevaluasi kinerja Program PLKN; dan
- Menyediakan informasi dan sokongan kepada para peserta PLKN.
JLKN SEMAKAN
Untuk semakan kemasukan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), sila imbas kod QR pada gambar yang tertera di bawah :

- Halaman utama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAKAN E-PLKN 3.0].
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada kotak [/] “I’m not a robot”.
- Kemudian, klik butang [SEMAK].
- Status kelayakan akan dipaparkan.
- Selesai.
SYARAT PESERTA PLKN 2025
Pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah menetapkan syarat peserta PLKN adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 hingga 35 tahun pada tarikh yang ditetapkan dalam proklamasi;
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental; dan
- Belum pernah menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebelum ini.
TARIKH DAN TEMPAT LATIHAN PLKN 2025
Berikut merupakan tarikh dan penempatan latihan PLKN bagi tahun 2025 :
- Sesi 1 :
- Tarikh : 12 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025.
- Tempat : Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur.
- Sesi 2 :
- Tarikh : 11 Mei 2025 hingga 24 Jun 2025.
- Tempat : Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang.
- Sesi 3:
- Tarikh : 7 September 2025 hingga 21 Oktober 2025.
- Tempat : Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian JLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat)
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :