JADUAL BAYARAN BANTUAN STR TAMBAHAN 2026 : SEMAK TARIKH PEMBAYARAN AKAN DISALURKAN KEPADA PENERIMA
Pembayaran Bantuan STR Tambahan (Sumbangan Asas Rahmah) adalah tidak sama seperti bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang dibayar secara tunai mengikut empat (4) fasa. Yang mana bayaran STR Tambahan dilaksanakan setiap bulan.
Bagaimanakah semak jadual bayaran Bantuan STR Tambahan? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : PENDAFTARAN STR TAMBAHAN 2026 : CARA MOHON BANTUAN TAMBAHAN RM200, RM100, RM50
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR TAMBAHAN 2026
Sebarang ketirisan dapat dielakkan sekiranya Bantuan STR Tambahan (Sumbangan Asas Rahmah) dibayar dengan cara yang cekap, telus dan selamat melalui pengkreditan tanpa tunai terus ke dalam akaun Kad Pengenalan penerima.
Dengan kaedah bayaran ini bukan sahaja dapat memudahkan kerajaan, malah dapat memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan untuk tujuan pembelian barang keperluan asas di premis yang terpilih seluruh Malaysia.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR TAMBAHAN 2026
Daripada peruntukan sebanyak RM15 billion, Bantuan STR Tambahan akan dibayar kepada penerima secara ansur setiap bulan dan juga secara one-off dengan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :
- Bayaran Kepada Penerima Miskin & Miskin Tegar :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SETIAP BULAN | JUMLAH BAYARAN ONE-OFF |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas | RM150 | RM100 |
| Bujang | RM100 | RM100 |
- Bayaran Kepada Penerima Asas Bukan Miskin :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SETIAP BULAN | JUMLAH BAYARAN ONE-OFF |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 | RM100 |
| Warga Emas | RM50 | RM100 |
| Bujang | RM50 | RM100 |
- Bayaran Kepada Rakyat Dewasa Malaysia :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN ONE-OFF |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 |
| Warga Emas | RM100 |
| Bujang | RM100 |
JADUAL BAYARAN BANTUAN STR TAMBAHAN 2026
Pembayaran Bantuan STR Tambahan dilakukan secara ansur setiap bulan kepada 9 juta penerima dan kerajaan juga akan menyalurkan bayaran secara one-off kepada 9 juta penerima dan 22 juta rakyat Malaysia pada pertengahan Februari 2026.
Berikut adalah tarikh bayaran Bantuan STR Tambahan untuk setiap bulan :
| BIL. | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| 1. | 15 Januari 2026 |
| 2. | 1 Februari 2026 |
| 3. | 1 Mac 2026 |
| 4. | 1 April 2026 |
| 5. | 1 Mei 2026 |
| 6. | 1 Jun 2026 |
| 7. | 1 Julai 2026 |
| 8. | 1 Ogos 2026 |
| 9. | 1 September 2026 |
| 10. | 1 Oktober 2026 |
| 11. | 1 November 2026 |
| 12. | 1 Disember 2026 |
KEGUNAAN BAYARAN BANTUAN STR TAMBAHAN
Bayaran Bantuan STR Tambahan yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan khas untuk penerima menggunakannya bagi tujuan pembelian barangan keperluan asas yang disenaraikan seperti berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
CARA GUNA BANTUAN STR TAMBAHAN 2026
Berikut adalah panduan cara-cara untuk menggunakan Bantuan STR Tambahan yang dikreditkan dalam kad Pengenalan :
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Sila bawa Kad Pengenalan bersama anda.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
- Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan STR Tambahan.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama Kad Pengenalan) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan Kad Pengenalan dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN LANJUT
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]