HARI ARAFAH : DOA & PUASA (PANDUAN LENGKAP)
Bulan Zulhijjah telah tiba dan jemaah haji akan melaksanakan rukun haji terpenting iaitu wuquf di Padang Arafah pada 9 Zulhijah yang menjadikan hari tersebut dikenali sebagai Hari Arafah dimana ia penuh dengan keberkatan dan doa paling mustajab bagi umat Islam.
Bagaimanakah doa dan puasa hari arafah? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK MYKASIH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : CHECK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
APA ITU HARI ARAFAH
Hari Arafah ialah dimana jemaah haji berhimpun di Padang Arafah untuk ibadah wukuf, memperingati pertemuan Nabi Adam dan Hawa di Jabal Rahmah setelah memohon ampun selama 40 tahun setelah diturunkan ke bumi dari syurga akibat terpedaya dengan tipu daya Iblis. Ia juga adalah hari doa paling mustajab, dan disunatkan berpuasa bagi yang tidak menunaikan haji.
TARIKH HARI ARAFAH & WAKTU WUKUF DI MALAYSIA
Tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:
TARIKH HIJRI | TARIKH MILADI | HARI KEBESARAN ISLAM |
---|---|---|
9 Zulhijjah 1446 H | 6 Jun 2025 (Jumaat) | Hari Arafah |
10 Zulhijjah 1446 H | 7 Jun 2025 (Sabtu) | Hari Raya Qurban (Raya Haji) |
Di Malaysia, puasa sunat Hari Tarwiyah jatuh pada 5 Jun 2025 (Khamis), manakala puasa sunat Hari Arafah adalah pada 6 Jun 2025 (Jumaat). Penentuan awal Zulhijah di Malaysia dibuat berdasarkan cerapan anak bulan (mengikut matla’ atau tempat terbit bulan) oleh pihak berautoriti dan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
Oleh itu, umat Islam di Malaysia disarankan untuk berpuasa mengikut ketetapan tarikh tempatan, dan digalakkan berpuasa pada 8 dan 9 Zulhijah mengikut kalendar Hijri Malaysia.
AMALAN SUNAT HARI ARAFAH
Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, berikut amalan sunat yang boleh dilakukan:
- Puasa Sunat;
- Memperbanyak Doa;
- Berzikir Dan Membaca Al-Quran;
- Muhasabah, Memperbanyakkan Taubat & Istighfar (Sayyidul Istighfar – Penghulu Istighfar)
WAKTU TERBAIK BERDOA HARI ARAFAH
Bagi mereka yang berada di Malaysia, waktu terbaik untuk berdoa bermula dari masuknya 9 Zulhijah mengikut waktu tempatan. Bagi yang berada di Arab Saudi, waktu mustajab adalah ketika wukuf di Arafah, iaitu dari waktu Zohor (selepas tergelincir matahari) hingga Maghrib.
Sekiranya mampu, adalah sangat digalakkan untuk berdoa serentak dengan waktu wukuf jemaah haji di Arafah kerana ia adalah waktu paling mustajab. Umat Islam juga disarankan untuk memperbanyak doa serta berpuasa pada hari tersebut bagi yang tidak menunaikan haji.
Dibolehkan berdoa dengan apa jua doa, termasuk membacakan doa orang lain yang telah ditulis sebagaimana difatwakan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu’.
NIAT PUASA DAN DOA ARAFAH
Lafaz niat puasa serta doa yang boleh diamalkan pada hari tersebut adalah seprti berikut:
Doa Nabi SAW:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلَّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Lafaz Niat Puasa:
نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَى
Sahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta’ala.
Fadilat Puasa Sunat Arafah:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang – Riwayat Muslim (1977).
TARIKH CUTI PELEPASAN UMUM DAN RAYA HAJI
Cuti pelepasan umum Hari Raya Qurban (Raya Haji) 2025 adalah seperti berikut:
TARIKH | CUTI PELEPASAN UMUM | NEGERI (CUTI) |
---|---|---|
6 Jun 2025 (Jumaat) | Hari Arafah | Kelantan & Terengganu |
7 Jun 2025 (Sabtu) | Hari Raya Qurban | Semua Negeri |
8 Jun 2025 (Ahad) | Hari Raya Qurban (Hari Kedua) | Kelantan, Terengganu, Kedah & Perlis |
9 Jun 2025 (Isnin) | Cuti Gantian Hari Raya Haji Hari Kedua | Perlis, Kelantan & Terengganu |
RUJUKAN
Untuk bacaan lanjut mengenai Doa dan Amalan Sunat, anda boleh rujuk sumber dibawah:
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://yayasanikhlas.org.my/bm/doa-hari-arafah/