EWALLET MADANI DALAM MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

EWALLET MADANI DALAM MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Pelbagai kegunaan MyKad termasuklah menerima bantuan Kerajaan melalui untuk digunakan sebagai medium pembayaran secara tanpa tunai untuk barangan keperluan asas Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di pasar raya atau kedai runcit berdaftar.

Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan ewallet madani dalam mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS EWALLET MADANI 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA TIDAK

MANFAAT EWALLET MADANI DALAM MYKAD

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima kredit bulanan melalui MyKad khusus untuk membeli 14 Kategori Produk Barangan Keperluan Asas yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan, barangan persekolahan dan barangan kebersihan rumah di pasar raya atau kedai runcit berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET MADANI DALAM MYKAD

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penerima SARA EKASIH (PENERIMA SEDIA ADA)
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Penerima SARA BUKAN EKASIH (PENERIMA BAHARU)
    • Bukan penerima eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan;

KADAR PENGKREDITAN BANTUAN DALAM MYKAD

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

  • Penerima Sedia Ada
PENERIMA SEDIA ADA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Penerima Baharu
PENERIMA BAHARU
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM50/bulan (bermula April – Disember)

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET MADANI DALAM MYKAD ONLINE

Semakan bantuan boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • e-Mel : info@mykasih.com

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

1 thought on “EWALLET MADANI DALAM MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment