EWALLET MADANI DALAM KAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

EWALLET MADANI DALAM KAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Pendekatan kerajaan mewujudkan inisiatif pengkreditan bantuan tanpa tunai, dapat memudahkan rakyat untuk menerima dan menggunakannya dengan selamat tanpa perlu membawa wang tunai untuk sebarang transaksi bayaran.

Bagaimanakah semakan status kelayakan eWallet MADANI Dalam Kad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA PENDAFTARAN LESEN PERCUMA : SESI 2025 PANDUAN LENGKAP CARA PERMOHONAN ONLINE SEKARANG

PENGENALAN EWALLET MADANI DALAM KAD 2025

Bantuan yang dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan bukanlah Bantuan eWallet MADANI, namun ianya diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang khas untuk membantu memenuhi keperluan asas rakyat yang memerlukan.

Setiap bulan, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah akan dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima yang layak dan penerima boleh menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barang sekolah anak.

TARIKH PENGKREDITAN EWALLET MADANI DALAM KAD 2025

Pengkreditan Bantuan Dalam Kad Pengenalan penerima yang terbaru adalah pada tarikh berikut :

  • Bermula : 01 Jun 2025 (Ahad).

KADAR PENGKREDITAN EWALLET MADANI DALAM KAD 2025

Berikut merupakan kadar Bantuan yang terbaru dikreditkan dalam Kad Pengenalan penerima :

  • Kategori Bujang :
    • Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM50.
  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM200.
    • Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM100.
  • Kategori Warga Emas :
    • Warga Emas Miskin & Miskin Tegar : RM150.
    • Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM50.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN EWALLET MADANI DALAM KAD 2025

Ikuti cara semakan status kelayakan penerima Bantuan Dalam Kad Pengenalan seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan semakan status rasmi di sini : https://mykasih.com.my.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (dalam kad pengenalan) akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAKAN BAKI EWALLET MADANI DALAM KAD 2025

Baki Bantuan yang ada dalam Kad Pengenalan boleh disemak seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment