EWALLET MADANI DALAM IC 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

EWALLET MADANI DALAM IC 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan ditambah nilai setiap bulan secara automatik ke dalam MyKad penerima yang layak untuk digunakan oleh penerima untuk membeli barangan keperluan asas.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak bantuan ewallet madani dalam ic 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN MYKAD MYKASIH RM2100 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SIAPAKAH LAYAK BANTUAN EWALLET MADANI DALAM IC 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik jika individu memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

JUMLAH PENGKREDITAN BANTUAN EWALLET MADANI DALAM IC 2025

Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan dalam MyKad seperti berikut:

  • Lulus STR & Berstatus eKasih
PENERIMA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
PENERIMA
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM50/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

KEGUNAAN EWALLET MADANI DALAM IC

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tanpa tunai melalui MyKad (IC) secara bulanan sebanyak RM50, RM100, RM150, RM200 membolehkan penerima menggunakan kredit tersebut untuk membuat pembelian secara tanpa tunai untuk 14 Kategori Barangan Keperluan asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar).

CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA EWALLET MADANI DALAM IC

Status kelayakan penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad (IC) boleh disemak secara online seperti berikut:

Semakan Status Di Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status]
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
  4. Kemudian, Klik [Semak Status]
  5. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  6. Selesai.

Semakan Status Di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status]
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul
  5. Klik [Semakan Status]
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment