EKASIH SEMAKAN STATUS 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) di bawah sistem eKasih telah merekodkan rakyat Malaysia yang berpendapatan di bawah garis Kemiskinan semasa yang disahkan kurang berkemampuan akan layak menerima pelbagai bentuk bantuan.
Bagaimanakah eKasih semakan status? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : UPU POCKET : SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
APA ITU EKASIH 2025
eKasih adalah sebuah pengkalan data yang mengandungi data berkaitan rakyat yang merupakan golongan yang benar-benar kurang berkemampuan dan layak untuk menerima pelbagai bentuk bantuan oleh kerajaan dan agensi-agansi berkaitan dalam program pembasmian kemiskinan termasuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
JUMLAH PENERIMA EKASIH 2025
Berdasarkan rekod data eKasih yang terkini iaitu setakat 31 Oktober 2024, jumlah penerima yang disahkan layak adalah seramai 700,000 ribu rakyat yang merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang kurang berkemampuan serta layak untuk menerima pelbagai bentuk bantuan termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
KADAR BAYARAN EKASIH 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dibayar kepada rakyat yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih dengan sebanyak kadar berikut :
- Ketua Isi Rumah (KIR) : RM2,100 setahun;
- Ahli Isi Rumah (AIR) Warga Emas : RM1,650 setahun;
- Ahli Isi Rumah (AIR) Bujang : RM600 setahun.
JADUAL BAYARAN EKASIH 2025
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima eKasih dilakukan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan penerima mengikut jadual seperti berikut :
BIL. | TARIKH BAYARAN SARA EKASIH |
---|---|
1. | 15 Januari 2025 |
2. | 01 Februari 2025 |
3. | 01 Mac 2025 |
4. | 01 April 2025 |
5. | 01 Mei 2025 |
6. | 01 Jun 2025 |
7. | 01 Julai 2025 |
8. | 01 Ogos 2025 |
9. | 01 September 2025 |
10. | 01 Oktober 2025 |
11. | 01 November 2025 |
12. | 01 Disember 2025 |
EKASIH SEMAKAN STATUS 2025
Ikuti panduan semakan status eKasih seperti berikut :
- Sila klik pada pautan semakan eKasih di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Setelah itu, semak status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan eKasih (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian eKasih : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
ko57iv
9pujif