EKASIH SEMAKAN 100 : KELAYAKAN TERIMA BANTUAN DALAM IC
Bagi kategori berstatus eKasih, penerima layak mendapat bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dengan kadar bayaran yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, serta tambahan sebanyak RM100 yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia.
Bagaimanakah semakan ekasih rm 100 dalam ic? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK KELAYAKAN PENERIMA STR : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK FASA 4 2025

SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA eKasih 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih.
SEMAKAN JUMLAH & TARIKH PENYALURAN EKASIH
Amaun bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN SARA SETIAP BULAN | BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) | RM100 ONE-OFF (Ogos 2025) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) | RM100 ONE-OFF (Ogos 2025) |
Bujang | RM50 (Januari – Disember) | RM100 ONE-OFF (Ogos 2025) |
Catatan : Bantuan SARA RM100 ONE-OFF akan disalurkan kepada semua Warganegara dewasa Malaysia berusia 18 tahun ke atas secara automatik sempena sambutan hari kebangsaan tanpa sebarang permohonan diperlukan.
EKASIH SEMAKAN 100
Status Kelayakan boleh disemak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Contoh Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
BAGAIMANA BANTUAN DIGUNAKAN?
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) EKASIH 100
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan bantuan RM100 2025:
- Siapa yang layak dapat RM100 dalam MyKad?
- Semua rakyat dewasa Malaysia berusia 18 tahun ke atas secara automatik akan menerima bayaran melalui MyKad.
- Adakah saya perlu mohon atau daftar?
- Untuk bantuan RM100 ONE-OFF, tiada sebarang permohonan diperlukan. Namun, untuk SARA bulanan, anda perlu berdaftar di Sistem eKasih dan Mohon STR.
- Boleh keluarkan RM100 sebagai duit tunai?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya dibenarkan untuk pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad.
- Bagaimana cara semak baki bantuan?
- Semakan Baki boleh dilakukan secara online di Portal SARA atau Aplikasi MyKasih.
- Bila tarikh akhir guna bantuan RM100?
- Tarikh akhir atau Tarikh luput RM100 ONE-OFF adalah pada 31 Disember 2025.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]