EKASIH SARA : SEMAKAN 2025 ONLINE

EKASIH SARA : SEMAKAN 2025 ONLINE

Banyak manfaat yang diperolehi sekiranya rakyat yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa mendaftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih. Antaranya dapat menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan jumlah bayaran yang tertinggi.

Bagaimanakah semakan online eKasih SARA? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : DAFTAR MYKASIH : CARA PERMOHONAN, REGISTER (PANDUAN LENGKAP)

JUMLAH BAYARAN EKASIH SARA

Bantuan SARA yang dibayar kepada yang berdaftar eKasih adalah sebanyak jumlah berikut :

  • RM600 dibayar kepada golongan Bujang;
  • RM1,650 dibayar kepada golongan Warga Emas; dan
  • RM2,100 dibayar kepada golongan Isi Rumah.

Berikut pula jumlah bayaran SARA yang bukan eKasih :

  • RM450 dibayar kepada golongan Warga Emas; dan
  • RM900 dibayar kepada golongan Isi Rumah.

TEMPOH BAYARAN EKASIH SARA

Bantuan SARA bukanlah dibayar sekaligus. Namun, ianya dibayar secara berperingkat pada setiap bulan selama tempoh berikut :

  • Selama 12 bulan kepada penerima SARA yang daftar eKasih; dan
  • Selama 9 bulan kepada penerima SARA yang bukan eKasih.

TARIKH BAYARAN EKASIH SARA

Bayaran Bantuan SARA kepada penerima yang berdaftar dengan eKasih adalah pada tarikh berikut :

  • 15 Januari 2025;
  • 1 Februari 2025;
  • 1 Mac 2025;
  • 1 April 2025;
  • 1 Mei 2025;
  • 1 Jun 2025;
  • 1 Julai 2025;
  • 1 Ogos 2025;
  • 1 September 2025;
  • 1 Oktober 2025;
  • 1 November 2025;
  • 1 Disember 2025.

SEMAKAN EKASIH SARA

Status pendaftaran eKasih perlu disemak seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA boleh disemak seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan eKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “EKASIH SARA : SEMAKAN 2025 ONLINE”

  1. Kami sekeluarga kecil sudah mohon untuk daftar ekasih tetapi masih tidak di beri kelulusan. Rata-rata penduduk kampung yang boleh dikira berkemampuan pula telah lulus ekasih. Kereta berderet besusun, kedai sebuah dua. Tapi Ada ekasih.kenapa?

    Reply

Leave a Comment