EKASIH RM300 2026 : AKAN TERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN JIKA PEMOHON BERSTATUS LAYAK – SEMAK SEKARANG

EKASIH RM300 2026 : AKAN TERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN JIKA PEMOHON BERSTATUS LAYAK – SEMAK SEKARANG

Mana-mana individu sama ada Ketua Isi Rumah atau Ahli Isi Rumah yang tersenarai dalam rekod data eKasih akan terima duit bayaran bantuan dalam MyKad (Kad Pengenalan) pada setiap bulan untuk sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima eKasih RM300 2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN STR 2026 YANG DIBAYAR : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG BAKAL DITERIMA PEMOHON YANG LAYAK SEMASA FASA 1

APA ITU EKASIH?

EKasih adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat rakyat miskin dan miksin tegar yang digunakan oleh Kerajaan untuk menyalurkan pelbagai bentuk bantuan termasuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik.

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima yang tersenarai dalam rekod data eKasih setiap bulan dan setiap penerima boleh menggunakannya untuk beli barang-barang keperluan asas.

KADAR BANTUAN EKASIH 2026

Bukan semua penerima akan terima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar yang sama. Sebaliknya ia akan disalurkan dengan kadar yang berbeza kepada setiap kategori penerima eKasih dan bukan eKasih seperti berikut :

  • Penerima eKasih :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Isi Rumah Daftar eKasihRM200 setiap bulan
hingga
RM2,400 setahun
Warga Emas Daftar eKasihRM150 setiap bulan
hingga
RM1,800 setahun
Bujang Daftar eKasihRM100 setiap bulan
hingga
RM1,200 setahun
  • Penerima Bukan eKasih :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Isi Rumah Bukan eKasihRM100 setiap bulan
hingga
RM1,200 setahun
Warga Emas Bukan eKasihRM50 setiap bulan
hingga
RM600 setahun
Bujang Bukan eKasihRM50 setiap bulan
hingga
RM600 setahun

SIAPA LAYAK EKASIH RM300 2026

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi penerima eKasih yang terpilih sahaja layak terima bantuan sehingga RM300. Berikut adalah beberapa syarat kelayakan penerima untuk tahun 2026 :

  • Warganegara : Malaysia.
  • Kadar Pendapatan : Bawah garis Kemiskinan semasa (PGK).
  • Status eKasih : Tersenarai dalam rekod data eKasih sehingga 31 Oktober 2025.
  • Status STR : Lulus permohonan Bantuan STR 2026

SEMAK KELAYAKAN EKASIH 2026

Berikut merupakan cara semak kelayakan sebagai penerima eKasih :

  1. Sila layari portal rasmi e Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima eKasih akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Setelah itu, ikuti cara semak status kelayakan sama ada layak atau tidak terima Bantuan SARA :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Maklumat yang kami tulis dalam artikel ini berkaitan Bantuan SARA eKasih adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan Portal Rasmi eKasih. Oleh itu, untuk sebarang masalah atau pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment