EKASIH 2026 SEMAKAN KELAYAKAN : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA YANG LAYAK TERIMA BANTUAN SARA BULANAN DI DALAM MYKAD
Data eKasih yang kini menyenaraikan lebih 1 juta Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang layak menerima Bantuan Sara Bulanan di dalam Kad Pengenalan (MyKad) bermula pada 9 Januari 2026 (esok) dan setiap bulan sehingga Disember 2026.
Bagaimaakah semakan kelayakan eKasih 2026? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut dan terperinci di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYAR DUIT STR FASA 1 2026 : CEK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL
APA KAITAN BANTUAN SARA BULANAN DAN EKASIH?
Bantuan Sara Bulanan diberikan sebagai bantuan tambahan bagi membantu menampung keperluan asas harian dan individu yang tersenarai dalam rekod data eKasih akan secara automatik layak menerima sumbangan Bantuan Sara dengan kadar yang tertinggi berbanding mereka yang tidak tersenarai dalam rekod data eKasih.
KADAR SUMBANGAN SARA EKASIH 2026
Kadar sumbangan Bantuan Sara untuk penerima eKasih dan bukan eKasih mempunyai jurang perbezaan yang ketara kerana bantuan akan dibayar dengan kadar yang tinggi berbading penerima biasa seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA DAFTAR EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 setiap bulan hingga RM2,400 setahun | RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas | RM150 setiap bulan hingga RM1,800 setahun | RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
| Bujang | RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun | RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
TARIKH SUMBANGAN SARA EKASIH 2026
Bantuan Sara Bulanan akan disumbangkan secara automatik tanpa tunai (cashless) terus ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima yang layak untuk bulan pertama (1) bagi tahun 2026 bermula pada tarikh seperti tertera di bawah :
- Isi Rumah & Warga Emas : 9 Januari 2026 (Jumaat).
- Bujang : 16 Januari 2026 (Jumaat).
EKASIH 2026 SEMAKAN KELAYAKAN
Bagi rakyat terutamanya yang telah mendaftar eKasih, boleh menyemak status kelayakan adakah tersenarai atau tidak dalam rekod data eKasih bagi tahun 2026. Ikuti cara semak kelayakan eKasih secara online seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN NAMA PENERIMA SARA EKASIH 2026
Namun, bagi rakyat yang tidak layak mendaftar eKasih atau tidak tersenarai dalam rekod data eKasih boleh juga menerima bayaran Bantuan Sara Bulanan. Oleh itu, untuk tahu sama ada layak atau tidak Bantuan Sara, ikuti cara semakan berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Tandakan pada kotak [Verify As Human].
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Maklumat dalam artikel ini ditulis berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi MyKasih dan dikongsikan untuk mudahkan carian orang ramai berkaitan Bantuan Sara Bulanan. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan, sila ajukkan kepada pihak berwajib melalui :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03-7720 1800
- Talian eKasih : 03-8000 8000
- Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.