EKASIH 2026 RM2400 : AKAN DIBAYAR KEPADA PENERIMA YANG LEPAS SYARAT KELAYAKAN YANG DITETAPKAN
Pemberian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah sehingga RM2,400 kepada penerima yang melepasi syarat kelayakan eKasih adalah bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup dalam menampung perbelanjaan keperluan barangan asas bagi tahun 2026.
Bagaimanakah semakan kelayakan penerima eKasih RM2400? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : KELAYAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK FASA 1
TARIKH BAYARAN EKASIH 2026 RM2400
Bantuan sebanyak RM2,400 bukanlah dibayar secara sekaligus (lumpsum) kepada penerima, namun sebaliknya dibayar secara ansur setiap bulan mengikut tarikh bayaran berikut :
| TARIKH BAYARAN | JUMLAH RM2400 (ANSUR) |
|---|---|
| 09 Januari 2026 | RM200 |
| 01 Februari 2026 | RM200 |
| 01 Mac 2026 | RM200 |
| 01 April 2026 | RM200 |
| 01 Mei 2026 | RM200 |
| 01 Jun 2026 | RM200 |
| 01 Julai 2026 | RM200 |
| 01 Ogos 2026 | RM200 |
| 01 September 2026 | RM200 |
| 01 Oktober 2026 | RM200 |
| 01 November 2026 | RM200 |
| 01 Disember 2026 | RM200 |
SYARAT KELAYAKAN EKASIH RM2400
Bantuan sebanyak RM2,400 hanya khusus diberikan kepada rakyat yang benar-benar layak serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Kategori | Ketua Isi Rumah (KIR) |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / Bercerai (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) Semasa dan tersenarai dalam pangkalan data eKasih sebagai rakyat Miskin & Miskin Tegar |
| Permohonan STR | Lulus sebagai isi rumah B40 |
CARA SEMAK STATUS EKASIH 2026
Bagi yang telah mendaftar eKasih, semak status pendaftaran anda untuk tahu anda tersenarai atau tidak dalam pangkalan data eKasih :
- Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa – (contoh : 700129101234).
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA SEMAK STATUS BANTUAN RM2400
Untuk tahu sama ada anda layak atau tidak terima Bantuan RM2,400, ikuti cara semak status seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
MEDIUM BAYARAN EKASIH RM2400
Pembayaran Bantuan RM2,400 kepada penerima eKasih di Semenanjung Malaysia serta penerima Sabah, Sarawak dan W.P Labuan adalah melalui medium berikut :
| NEGERI PENERIMA | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Dibayar secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan melalui Kad Pengenalan (MyKad) ketua isi rumah khusus untuk digunakan bagi membeli barang keperluan asas |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Dibayar secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan melalui Kad Pengenalan (MyKad) ketua isi rumah khusus untuk digunakan bagi membeli barang keperluan asas |
RUJUKAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan SARA eKasih, sila rujuk pihak berwajib melalui talian, laman web dan e-mel seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami menafikan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi yang diminta atau direkodkan serta tiada sebarang bayaran yang kami kenakan untuk pembaca artikel ini kerana pihak kami hanya menulis dan kongsikan maklumat dan info terkini berkaitan SARA eKasih.
Artikel ini ditulis berdasarkan maklumat sahih daripada : https://www.sara.gov.my/.