EKASIH 2025 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

EKASIH 2025 SEMAKAN STATUS : KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk kategori isi rumah miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih ditingkatkan kepada 75% membolehkan mereka menerima bayaran sebanyak RM2,100 untuk tahun 2025.

Bagaimanakah semakan status ekasih 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT LULUS SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA KATEGORI EKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA kategori eKasih:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

Catatan : Individu yang berdaftar sistem eKasih hendaklah terlebih dahulu memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kerana pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada individu secara automatik jika anda lulus STR.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA EKASIH 2025

Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Pembayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SARA EKASIH 2025

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 berstatus eKasih seperti berikut:

PENERIMA BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIHJUMLAH KELAYAKAN
SETAHUN
(RM)
AMAUN BAYARAN
MENGIKUT BULAN
(RM)
Isi RumahRM 2,100RM100/bulan
(bermula Januari – Mac)

RM200/bulan
(bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 1,650RM100/bulan
(bermula Januari – Mac)

RM150/bulan
(bermula April – Disember)
BujangRM 600RM50/bulan
(bermula Januari – Disember)

PENYALURAN BANTUAN SARA EKASIH 2025 KEPADA PENERIMA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 disalurkan secara mykad penerima secara bulanan di seluruh malaysia termasuk negeri Sabah dan Sarawak berbanding hanya di negeri-negeri semenanjung malaysia pada tahun 2024.

Penyaluran melalui mykad membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel sara mykasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan mykad (IC).

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment