EBANTUAN JKM 2026 : SEMAK SENARAI, STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN

EBANTUAN JKM 2026 : SEMAK SENARAI, STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN

Sekitar RM3.1 billion diperuntukan untuk diagihkan melalui Bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) melalui pelbagai bentuk bantuan yang disediakan secara bulanan dan sekaligus untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat yang memerlukan sokongan kewangan.

Bagaimanakah semak senarai, status kelayakan dan jumlah bayaran eBantuan JKM? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH BAYARAN SKAS SARAWAK – SEMAK STATUS BAYARAN TERBARU 2026

APA ITU EBANTUAN JKM?

eBantuan JKM adalah merupakan sistem / portal dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memudahkan orang ramai untuk memohon dan menyemak status kelayakan bayaran bantuan yang disediakan secara bulanan dan sekaligus.

Bantuan JKM pula adalah merupakan bantuan tunai yang disalurkan secara bulanan dan sekaligus untuk membantu menyokong kewangan rakyat yang memerlukan seperti OKU, warga emas, ibu/ bapa tunggal, keluarga miskin atau yang memerlukan bantuan kewangan.

SENARAI BANTUAN JKM 2026

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan beberapa jenis bantuan tunai yang dibayar secara bulanan dan sekaligus mengikut keperluan penerima. Antara bantuan yang disediakan adalah :

  • Bantuan JKM Secara Bulanan :
    • Bantuan Kanak-kanak (BKK).
    • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU).
    • Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB).
    • Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT).
    • Bantuan Warga Emas (BWE).
    • Bantuan Am Persekutuan (BA).
    • Bantuan Anak Pelihara (BAP).
    • Bantuan Latihan Perantis (BLP).
  • Bantuan JKM Secara Sekaligus :
    • Geran Pelancaran.
    • Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan.
    • Tabung Bantuan Segera (TBS).

JUMLAH BAYARAN EBANTUAN JKM

Setiap jenis Bantuan JKM yang disalurkan secara bulanan dan sekaligus akan dibayar dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :

  • Bayaran Bantuan JKM Bulanan :
JENIS BANTUANJUMLAH BAYARAN
Bantuan Kanak-kanak (BKK)RM200 – 6 tahun ke bawah
RM250 – 7 – 18 tahun
(RM1,000 sekeluarga)
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya
(EPOKU)
RM450 sebulan
Bantuan Orang Kurang Upaya
Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
RM300 sebulan
Bantuan Penjagaan Orang Kurang
Upaya Terlantar / Pesakit Kronik
Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak
Terlantar (BPT)
RM500 sebulan
Bantuan Warga Emas (BWE)RM600 sebulan
Bantuan Am Persekutuan (BA)RM150 sebulan seorang
atau
RM500 sebulan sekeluarga
Bantuan Anak Pelihara (BAP)RM250 seorang anak
atau
RM500 untuk lebih seorang anak
Bantuan Latihan Perantis (BLP)RM200 sebulan
  • Bayaran Bantuan JKM Sekaligus :
JENIS BANTUANJUMLAH BAYARAN
Geran PelancaranRM2,700 sekaligus
Bantuan Alat Tiruan /
Alat Sokongan
Tertakluk keperluan
Tabung Bantuan Segera (TBS)Tidak lebih RM300

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN EBANTUAN JKM

Bagi pemohon yang telah kemukakan permohonan salah satu (1) Bantuan JKM yang disediakan, boleh menyemak status kelayakan di eBantuan JKM seperti panduan di bawah :

  1. Sila layari laman portal rasmi eBantuan JKM di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
  2. Portal utama eBantuan JKM akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Semakan Status Permohonan Atas Talian].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 900220112345.
  5. Klik pada butang [Semak].
  6. Status kelayakan penerima Bantuan JKM akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya berkongsikan maklumat yang terkini berkaitan Bantuan JKM, sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan JKM, sila ajukan kepada pihak berwajib melalui talian dan faks di bawah :

  • Talian JKM : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jkm.gov.my/main/submenu/skimbantuankebajikan?menu=Skim%20Bantuan%20Kebajikan.

Leave a Comment