E KASIH SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)
Pelbagai usaha Kerajaan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan terutamanya golongan Miskin dan Miskin Tegar e Kasih seperti Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat yang akan diberikan secara berfasa kepada setiap individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan.
Bagaimanakah semakan status perima bantuan sabah 2025 kategori e kasih? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM900)
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH KATEGORI E KASIH
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia; dan
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; ATAU
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
JUMLAH BANTUAN SABAH KATEGORI E KASIH
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
FASA PEMBAYARAN | AMAUN BANTUAN (RM) |
---|---|
Penyaluran Bagi Setiap Fasa (Fasa 1, 2, 3 dan 4) | RM 900 |
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN SABAH 2025
Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Satu (Fasa 1) | Bermula 19 Februari 2025 |
Dua (Fasa 2) | April – Mei 2025 |
Tiga (Fasa 3) | Ogos – September 2025 |
Empat (Fasa 4) | Bermula Oktober – Disember 2025 |
Untuk makluman, penerima bagi Fasa 1 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2024. Permohonan yang diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada Februari hingga April 2025 dan penyaluran bayaran bagi penerima yang layak akan bermula pada bulan Mei 2025.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SABAH KATEGORI E KASIH
Status Penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:
- Layari Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, di Pautan berikut:
https://padans.sabah.gov.my/ - Halaman utama Portal Program Sentuhan Kasih Rakyat dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) untuk membuat semakan.
- Maklumat Status Penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah.
- Selesai.
PANDUAN PENDAFTARAN SISTEM E KASIH
Pendaftaran golongan Miskin dan Miskin Tegar di Sistem eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
- Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda.
- Selesai.
SEMAKAN PENDAFTARAN SISTEM E KASIH (MISKIN DAN MISKIN TEGAR)
Individu yang menepati Syarat Kelayakan Bantuan dan BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih layak menerima bantuan secara automatik. Status Pendaftaran Sistem eKasih boleh disemak seperti kaedah berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Halaman utama Semakan eKasih dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) dan Masukkan [Kod Kaptcha] yang diberikan.
- Kemudian Tekan [Klik Untuk Carian].
- Seterusnya, maklumat status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.
- Selesai.
CARA PENYALURAN BANTUAN SABAH
Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:
- Penerima yang Mempunyai Bank Akaun:
Pengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan;
- Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’:
Bantuan akan diberikan secara tunai;
- Mempunyai akaun e-Wallet YONO Superapp:
Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Hotlink Program Sentuhan Kasih Rakyat: 088 338 338
- Portal Rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat: https://padans.sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq