SEMAK DUIT MYKASIH DALAM IC
Inisiatif Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih dikreditkan secara automatik ke dalam Kad Pengenalan (IC) penerima yang layak supaya ianya dapat digunakan untuk beli barangan keperluan asas tanpa perlu digunakan untuk perkara lain.
Dalam artikel ini, kami akan menerangkan maklumat bayaran MyKasih dan cara semak duit dalam IC.
BACA JUGA : STR ONLINE : SEMAKAN FASA 4 2025
TEMPOH SAH KREDIT DUIT DALAM IC
Kredit Bantuan MyKasih Dalam IC yang diberikan one-off dan setiap bulan mempunyai tempoh sah guna seperti berikut :
๐๏ธ Tarikh Sah Guna Kredit MyKasih :
- Sah Kredit MyKasih Setiap Bulan :
- Dikreditkan setiap 1 hari bulan dan boleh digunakan bila-bila masa sebelum 31 Disember 2025.
- Sah Kredit MyKasih One-Off :
- Dikreditkan pada 31 Ogos 2025 dan boleh digunakan bila-bila masa sebelum 31 Disember 2025.
JUMLAH DUIT MYKASIH DALAM IC
Kerajaan mengkreditkan Bantuan MyKasih dalam IC 22 juta rakyat dewasa Malaysia sebanyak RM100 setiap seorang secara one-off dan setiap bulan kepada 5.4 juta penerima mengikut jumlah berikut :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH KREDIT MYKASIH DALAM IC |
---|---|
Isi Rumah STR & eKasih | RM100 setiap bulan (Jan – Mac) RM200 setiap bulan (Apr – Dis) |
Isi Rumah STR Sahaja | RM100 setiap bulan (Apr – Dis) |
- Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH KREDIT MYKASIH DALAM IC |
---|---|
Warga Emas STR & eKasih | RM100 setiap bulan (Jan – Mac) RM150 setiap bulan (Apr – Dis) |
Warga Emas STR Sahaja | RM50 setiap bulan (Apr – Dis) |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH KREDIT MYKASIH DALAM IC |
---|---|
Bujang STR & eKasih | RM50 setiap bulan (Jan – Dis) |
Bujang STR Sahaja | – |
TARIKH DUIT MYKASIH MASUK DALAM IC
Pengkreditan Bantuan MyKasih dalam IC penerima setiap bulan dan one-off adalah mengikut pada tarikh-tarikh seperti berikut :
TARIKH KREDIT SETIAP BULAN | TARIKH KREDIT ONE-OFF |
---|---|
15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 | 31 Ogos 2025 |
SEMAK DUIT MYKASIH DALAM IC
Status kelayakan dan baki duit dalam IC boleh disemak secara online seperti berikut :
- Pergi ke Portal Rasmi MyKasih
- Layari pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Maklumat Peribadi
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
- Semak Status Kelayakan & Duit Dalam IC
- Status kelayakan dan baki duit Bantuan MyKasih Dalam IC boleh disemak.
*Nota : Anda boleh menyemak status dan baki duit dalam IC melalui aplikasi MyKasih yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store / Apple App Store / Huawei App Gallery.

SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA MYKASIH
Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam IC boleh digunakan untuk beli barang seperti berikut :
- ๐ Barang asas dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- โ Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- ๐ฅซ Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- ๐ง Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- ๐งผ Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- ๐ Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- โ๏ธ Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- ๐ฝ Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
CARA GUNA IC UNTUK BELI BARANG
Penggunaan IC untuk beli barang keperluan asas yang betul adalah seperti berikut :
- Kunjungi pasar raya / pasar mini / kedai runcit yang berdaftar MyKasih berdekatan anda.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli berdasarkan label MyKasih pada rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima dan baki dalam IC.
- Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih.
- Bayaran akan disahkan dengan menggunakan IC.
- Ambil MyKad dan resit pembelian.
SOALAN LAZIM MYKASIH
- Bilakah boleh beli barang MyKasih?
- Barang keperluan asas boleh dibeli guna MyKasih pada setiap 1 hari bulan setiap bulan.
- Bolehkah beli barang selain senarai yang ditetapkan?
- Tidak, penerima hanya boleh beli barangan asas yang diluluskan sahaja.
- Bagaimana kalau IC rosak?
- Penerima perlu membuat penggantian MyKad di JPN dan maklumkan kepada pihak MyKasih.
- Adakah baki kredit MyKasih dalam IC boleh dibawa ke bulan seterusnya?
- Ya. Baki kredit MyKasih boleh dikumpulkan ke bulan berikutnya.
- Bagaimana cara semak baki Bantuan MyKasih di IC?
- Baki boleh disemak terus di mesin EDC (Electronic Data Capture) di kedai berdaftar atau melalui resit pembelian.
- Bolehkan penerima membeli barang menggunakan MyKasih di negeri lain?
- Ya, asalkan kedai tersebut tersenarai sebagai rakan niaga MyKasih yang sah, walaupun berada di negeri berbeza.
INFO LANJUT
Semua info-info yang kami kongsikan dalam artikel ini berkaitan Bantuan SARA MyKasih adalah kami rujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MyKasih. Untuk info lebih lanjut dan terperinci, sila rujuk di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]