DUIT MYKASIH 2026 RM200 SEBULAN : CEK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

DUIT MYKASIH 2026 RM200 SEBULAN : CEK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

Kerajaan percaya dengan adanya duit Bantuan SARA MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) yang disalurkan sehingga RM200 sebulan sepanjang tahun dapat membantu ketua isi rumah untuk menampung kos perbelanjaan barang keperluan secara bulanan untuk seisi rumah.

Bagaimanakah cek kelayakan penerima duit MyKasih RM200 sebulan? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN AWAL RAMADHAN 2026 AKAN DIBAYAR : CHECK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PENERIMA YANG LAYAK

PLATFORM KREDIT DUIT MYKASIH 2026

Kini, Kerajaan hanya menyediakan satu (1) platform sahaja untuk kredit duit Bantuan SARA MyKasih kepada penerima yang layak iaitu melalui :

JENIS BANTUANPLATFORM KREDIT
Bantuan SARA BulananKad Pengenalan Diri

FUNGSI DUIT MYKASIH DIKREDITKAN RM200 SEBULAN

Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan Diri adalah berfungsi untuk pembelian barang keperluan asas secara tanpa tunai. Antara barang yang boleh dibeli adalah :

KATEGORISENARAI YANG DILULUSKAN
Bahan asas masakanBeras, telur, minyak masak, tepung,
mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili,
gula, garam, cukup rasa, dan
sebagainya.
Makanan sejuk bekuBurger, nuget, bebola daging, ayam,
daging, itik dan sebagainya
Makanan ringanRoti, biskut, bijirin dan sebagainya.
MinumanSusu tepung, susu tin (pekat & cair),
teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe
dan sebagainya.
Produk penjagaan diriUbat gigi, berus gigi, sabun mandian,
shampoo, tuala wanita dan
sebagainya.
Keperluan asas bayiLampin pakai buang, susu tepung
(hanya jenama terpilih), sabun cecair
mandian bayi dan sebagainya.
Ubat-ubatanPanadol, ubat batuk dan sebagainya
yang diluluskan oleh KKM.
Produk kebersihan rumahSabun pencuci lantai, sabun / serbuk
pencuci pakaian, sabun pencuci
pinggan dan sebagainya.
Barang sekolahAlat tulis, pakaian seragam sekolah,
kasut sekolah dan sebagainya.

TARIKH DUIT MYKASIH 2026 RM200 SEBULAN DIKREDITKAN

Duit Bantuan SARA MyKasih RM200 sebulan dikreditkan kepada yang layak mengikut tarikh-tarikh seperti di bawah :

TARIKH KREDITJUMLAH BANTUAN
09/01/2026RM200
01/02/2026RM200
01/03/2026RM200
01/04/2026RM200
01/05/2026RM200
01/06/2026RM200
01/07/2026RM200
01/08/2026RM200
01/09/2026RM200
01/10/2026RM200
01/11/2026RM200
01/12/2026RM200

SIAPA LAYAK TERIMA DUIT MYKASIH RM200 SEBULAN?

Kerajaan hanya memberikan duit Bantuan SARA MyKasih yang bernilai RM200 sebulan kepada yang benar-benar layak serta memenuhi syarat seperti di bawah :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Kategori
Penerima
Ketua Isi Rumah
Status
Perkahwinan
Berkahwin
atau
Balu / Bercerai
(ada anak / tanggungan)
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500 sebulan
(atau bawah garis PGK semasa
dan tersenarai dalam rekod
data eKasih 2026)
Permohonan STRLulus sebagai Isi Rumah B40

CEK KELAYAKAN & BAYARAN DUIT MYKASIH 2026

Untuk ketahui kelayakan dan bayaran duit Bantuan SARA MyKasih, ikuti cara semak yang lengkap di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih di sini – https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak> (contoh : 900230112345).
  6. Klik pada [Verify you are human] untuk pengesahan.
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan dan bayaran duit MyKasih akan dipaparkan.
  9. Selesai.

Berikut merupakan contoh paparan status kelayakan dan bayaran :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian. Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment